Sanders, Cruz menang di Wisconsin
Apr 07, 2016 | 05:30 AM
WASHINGTON: Calon presiden Demokrat dan Republikan, Encik Bernie Sanders dan Senator Ted Cruz, mencatatkan kemenangan dalam persaingan penamaan pencalonan Presiden di Wisconsin kelmarin.
Kemenangan tersebut menghantar mesej jelas kepada pencabar masing-masing, Cik Hillary Clinton dan Encik Donald Trump, bahawa persaingan menuju ke Rumah Putih masih terbuka.