Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sarapan percuma untuk pelajar sekolah rendah Malaysia

Aug 26, 2019 | 09:03 PM



PETALING JAYA - SARAPAN percuma akan disediakan untuk semua pelajar sekolah rendah di Malaysia mulai Januari tahun depan, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik.


Beliau berkata kementeriannya mengambil berat tentang pemakanan para pelajar dan akan sentiasa menyokong pelbagai insentif untuk memastikan mereka mendapat makanan  berkhasiat.


"Anak-anak kami perlukan jadual pemakanan yang tepat dan tabiat makan yang seimbang untuk pastikan mereka terus kekal sihat dan aktif, (yang akan membantu) mereka fokus dalam pelajaran setiap hari," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (26 Ogos).


"Oleh itu, mulai Januari 2020, Kementerian Pendidikan akan melancarkan program sarapan percuma untuk pelajar sekolah rendah di seluruh negara.


"Melalui program ini, para pelajar akan disediakan sarapan pagi yang lazat mengikut menu yang sihat, tambahan pula, ia percuma," tambah Dr Maszlee di laman Facebook.


Beliau berkata kementerian akan terus meninjau jalan untuk memastikan para pelajar akan menghadiri sekolah dengan rasa gembira.


Kenyataan yang dibuatnya di laman Facebook itu tidak menunjukkan sama ada program sarapan percuma itu akan menggantikan Program Makanan Tambahan (RMT) untuk pelajar sekolah dari keluarga yang sangat miskin. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >