JOHOR BARU: Bermula bulan ini, satu hari akan diketepikan bagi memastikan tiada kenderaan memasuki pusat bandar ini selama tiga jam.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Datuk Abdul Rahman Mohamed Dewam, berkata kempen Hari Bebas Kenderaan, yang diusahakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), akan "membebaskan" jalan-jalan jaya bagi pelbagai kegiatan seperti berbasikal, berlari-lari anak, bola sepak jalanan, aerobik dan bola jaring.