Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Satu lagi kemalangan bot berlaku di Danau Toba, satu hilang

Jun 23, 2018 | 03:01 PM



JAKARTA - Seorang dilaporkan hilang apabila sebuah bot terbalik di Danau Toba, Indonesia pada Jumaat (22 Jun) malam, beberapa hari selepas sebuah feri karam di situ.



Kemalangan itu berlaku selepas enjin bot penumpang, KM Ramos Risma Marisi, rosak  semasa berlayar ke Pelabuhan Nainggolan di Samosir, sebuah pulau di tengah-tengah tasik gunung berapi  terbesar di dunia itu.



Ia merupakan kemalangan kedua berlaku di Danau Toba dalam masa seminggu selepas feri KM Sinar Bangun, yang disyaki membawa lebih 200 penumpang dan 60 kenderaan, karam  dalam perjalanan ke Pelabuhan Tigaras di daerah Simalungun, pada Isnin ( 18 Jun). Hanya 18  orang terselamat dalam kejadian itu. Tiga ditemui mati.



Bot kayu yang karam pada Jumaat itu membawa lima penumpang apabila menghadapi masalah teknikal pada enjin sekitar 9 malam waktu setempat, setelah menurunkan beberapa penumpang di pulau Sibandang yang berdekatan. Seorang penumpang dilaporkan masih hilang, manakala empat terselamat.



Ketua Badan Pencarian dan Penyelamat Medan, Budiawan, berkata pasukan itu dapat  menarik bot itu ke Pantai Nainggolan.



Beliau berkata pasukan pencari akan meneruskan operasi mencari penumpang yang hilang pada Sabtu.



"Kami menghentikan operasi mencari dan menyelamat pada Jumaat malam kerana cuaca buruk," katanya kepada The Jakarta Post pada Sabtu.



Sementara itu, usaha mencari 192 penumpang yang hilang dalam insiden feri karam  masing berterusan.  -- Jakarta Post, Asia News Network.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >