Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Satu lagi loji rawatan air di Johor ditutup ekoran pencemaran ammonia

Nov 19, 2017 | 01:41 PM



JOHOR BARU –  Jabatan Alam Sekitar Malaysia (DOE) sedang menyiasat sumber pencemaran ammonia yang memaksa loji rawatan air di Johor ditutup pada  Sabtu (18 Nov) , kurang  sebulan selepas tiga loji lain di negeri ini terpaksa ditutup atas sebab yang sama .



Ammonia ialah sejenis gas tidak berwarna, berbau sengit dan banyak digunakan dalam perusahaan bahan letupan, baja dan juga sebagai bahan penyejuk bagi peti ais.



Syarikat utiliti SAJ Ranhill mengeluarkan kenyataan pada Sabtu bahawa ia telah menutup loji rawatan air Sembrong Barat di daerah Kluang di Johor selepas mengesan ammonia berlebihan daripada sumber air mentah di Empangan Sembrong, menurut laporan New Straits Times.



Kenyataan itu berkata penutupan tersebut dijangka menjejas kira-kira 45,000 pemegang akaun, atau kira-kira 225,000 pengguna di Kluang.



Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif bagi Kesihatan, Sekitaran, Pendidikan dan Informasi Negeri, Encik Ayub Rahmat, pada Ahad berkata beliau akan mengunjungi lokasi pencemaran itu sebagai sebahagian daripada usaha DOE menyiasat sumber pencemaran itu.



Awal bulan ini, dua juta pengguna di Johor Baru, Kulai dan Kota Tinggi terjejas selepas tiga loji rawatan air di Sungai Johor - loji di Semangar, Johor dan Tai Hong - terpaksa menggantung operasi mereka ekoran pencemaran ammonia.



Pencemaran itu kemudian dikesan ekoran loji pemprosesan baja yang tidak sah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >