Satu lagi serpihan disyaki dari MH370 ditemui di Afrika Selatan, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Satu lagi serpihan disyaki dari MH370 ditemui di Afrika Selatan

Mar 29, 2016 | 03:09 PM

KUALA LUMPUR: Satu lagi serpihan yang dipercayai dari sebuah pesawat ditemui di Afrika Selatan, tetapi terlalu awal untuk mengesahkan ia dari pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pada Selasa (29 Mac).

"Kita terlebih dahulu perlu memeriksa apakah serpihan itu dari pesawat Boeing 777," katanya mengenai serpihan tersebut, yang ditemui pada Isnin.

Penemuan di Afrika Selatan itu menyusuli penemuan serpihan penutup bahagian enjin atau kotak gear pesawat di pantai di negara ini pada 22 Mac.

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang pada 8 Mac 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Pada Julai tahun lalu, sebahagian daripada sayap pesawat itu ditemui di pulau La Reunion di Lautan Hindi.

Berita Popular

Minggu lepas, Australia berkata dua keping serpihan yang ditemui bulan ini di Mozambique kemungkinan besar dari pesawat yang hilang itu. - The Star/Asia News Network

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map