NEW YORK: Satu majlis perkahwinan di hotel mewah Waldorf Astoria di New York menjadi huru hara apabila seorang tetamu secara tidak sengaja melepaskan tembakan sehingga membunuh satu jiwa dan mencederakan empat yang lain, kelmarin .
Akhbar The New York Times melaporkan bahawa empat tetamu majlis itu telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan seorang lagi yang cedera ringan dirawat di Waldorf - hotel yang dianggap antara paling mewah di New York.