SALAH seorang suspek pengganas yang dikaitkan dengan rancangan menyerang Singapura menggunakan roket dari Batam, Muhammad Tegar Sucianto, telah dibebaskan oleh polis Indonesia.
Akhbar Batam Pos melaporkan bahawa polis memberkasnya sebagai saksi kerana dia dilihat membonceng motosikal salah seorang suspek, Hadi Gusti Yanda, 20 tahun.