RIYADH: Arab Saudi pada Sabtu (12 Jun) mengumumkan bahawa ia akan membenarkan 60,000 penduduk yang telah menerima vaksin Covid-19 untuk menunaikan haji tahun ini, tetapi umat Islam dari luar negara akan dilarang buat tahun kedua berturut-turut.
Ibadah haji biasanya mengumpulkan berjuta-juta jemaah dalam sekitaran yang sesak dan boleh menjadi sumber utama penularan di tengah-tengah wabak koronavirus.
Tahun ini ia akan "dibuka untuk warga negara dan penduduk kerajaan ini, terhad kepada 60,000 jemaah haji", kata kementerian haji, yang ditukil oleh Agensi Berita Saudi.
Musim haji tahun ini, yang dijadualkan berlangsung pada Julai, akan dihadkan kepada mereka yang telah diberi vaksin dan berusia 18 hingga 65 tahun tanpa penyakit kronik, katanya.
Hanya 10,000 orang Islam menunaikan haji pada Julai tahun lalu, jauh lebih rendah daripada 2.5 juta pada 2019 sebelum wabak Covid-19 melanda.
"Memandangkan apa seluruh dunia saksikan dengan pandemik koronavirus ini... dan kemunculan varian baru, pihak berkuasa yang relevan terus memantau keadaan kesihatan global," kata kementerian kesihatan.
"Memandangkan bilangan orang ramai yang mengerjakan haji, meluangkan masa yang panjang di tempat tertentu dan pelbagai... memerlukan langkah berjaga-jaga kesihatan yang tertinggi." - AFP