Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi harap keluarkan visa pelancong mulai tahun depan

Nov 25, 2017 | 05:30 AM



DUBAI: Arab Saudi menyasarkan mengeluarkan visa pelancong kepada warga asing mulai tahun depan, kata seorang pegawai kanan negara itu kepada penyiar CNN, sedang kerajaan berusaha membuka negara konservatif itu dan mencari sumber pendapatan baru bagi mempelbagai ekonominya.



Sekarang, warga asing yang melancong ke Arab Saudi sebahagian besarnya terhad kepada pekerja pemastautin dan tanggungan mereka, latawan perniagaan, dan jemaah haji serta umrah yang diberikan visa khas.



"Sasarannya ialah orang yang ingin datang dan mengalami negara ini, dan kehebatan negara ini," kata ketua Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Semula Jadi, Putera Sultan bin Salman bin Abdulaziz, dalam satu wawancara yang disiar lewat Rabu lalu.



Ditanya mengenai rancangan berhubung visa, beliau menjawab "mudah-mudahan pada 2018", sambil menambah bahawa kerajaan akan menggunakan teknologi dalam talian untuk memudahkan permohonan visa.



Pewaris berusia 32 tahun ke atas takhta Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, sedang berusaha membangunkan industri baru bagi mengurangkan pergantungannya negaranya pada eksport minyak.



Beliau juga telah mengambil beberapa langkah melonggarkan sekatan sosial yang sangat ketat, mengurangkan peranan polis moral agama dan mengumumkan rancangan membenarkan wanita memandu mulai tahun depan.



Rancangan membenarkan masuk sejumlah besar pelancong dari luar negara telah dibincangkan selama bertahun-tahun, tetapi disekat oleh pendapat konservatif dan birokrasi. Suruhanjaya itu telah lama mengumumkan rancangan serupa itu, pada 2006, tetapi ia tidak diteruskan.



Kali ini, kerajaan berazam meneruskan perubahan itu, sebahagiannya kerana tekanan kewangan. Ia berharap dapat memperoleh berbilion dolar untuk mengimbangi defisit belanjawan negara yang disebabkan harga minyak rendah.



Pembaharuan ekonomi bertujuan meningkatkan jumlah perbelanjaan pelancongan di Arab Saudi - oleh penduduk tempatan dan juga warga asing - kepada AS$46.6 bilion ($62.8 bilion) pada 2020, daripada AS$27.9 bilion pada 2015.



Putera Sultan berkata suruhanjayanya sebelum ini memberi tumpuan terutamanya pada peningkatan bilangan pelancong tempatan. Ia menganggarkan rakyat negara itu membelanjakan lebih AS$20 bilion setahun bagi melancong di luar negara, dan memujuk lebih ramai daripada mereka agar melancong di dalam negara akan mengurangkan aliran keluar dana itu.



Tetapi Putera Sultan turut memberitahu CNN bahawa suruhanjaya tersebut juga sedang berusaha menyiapkan tempat pelancongan bagi warga asing.



Kerajaan Arab Saudi mengumumkan pada Ogos rancangan membangunkan pusat peranginan di sekitar 50 pulau di Laut Merah, dengan fasa pertama projek itu selesai pada 2022.



Ia berhasrat menawarkan lawatan ke tempat bersejarah, seperti Mada'in Saleh, sebuah kota Nabatean yang berusia 2,000 tahun yang diukir ke dalam batu-batu di padang pasir di utara. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >