Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi izin warga wanita tanpa mahram daftar ibadah haji

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan membenarkan wanita mendaftar haji untuk musim ini tanpa mahram bersama jemaah wanita lain.



Pendaftaran haji 2021 yang dibuka kepada warga negara dan penduduk Arab Saudi itu boleh dibuat menerusi http://localhaj.haj.gov.sa bermula kelmarin hingga 23 Jun.



Mereka yang ingin menunaikan haji harus mendaftar secara individu, petik laporan Saudi Gazette.



Kementerian menetapkan beberapa syarat kepada pemohon iaitu mestilah berumur 18 hingga 65 tahun, mempunyai kesihatan yang baik termasuk imuniti dengan dos pertama vaksin Covid-19 dan bebas penyakit kronik.



Kementerian juga menetapkan syarat pendaftaran terbuka kepada individu yang tidak menunaikan haji dalam tempoh lima tahun lalu.



"Pertimbangan dibuat berdasarkan standard kesihatan dan peraturan dengan keutamaan kepada yang tidak pernah menunaikan haji," menurut kementerian itu.



Sabtu lalu, Arab Saudi menjelaskan kerajaan membenarkan ibadah haji tahun ini hanya kepada warga negara dan penduduk negara itu akibat pandemik Covid-19.



Seramai 60,000 jemaah akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini, yang akan bermula pertengahan bulan depan.



Jemaah haji perlu mendapatkan vaksin sepenuhnya, atau mereka yang mengambil satu dos vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya 14 hari sebelumnya, atau mereka yang diberi vaksin selepas pulih daripada jangkitan koronavirus. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >