Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi luluskan usulan protokol ibadat haji tahun ini

May 26, 2021 | 05:30 AM



JEDDAH: Pihak berkuasa meluluskan beberapa cadangan membabitkan protokol ibadat haji tahun ini dengan meningkatkan langkah pencegahan kesihatan hasil penelitian berdasarkan kaedah digunakan pada musim haji tahun lalu.



Menurut laporan portal berita Saudi Gazette, pihak berkuasa sedang meneliti kemungkinan menerapkan protokol dan langkah-langkah sesuai dengan jumlah jemaah, kawasan khemah, kemudahan dan utiliti di Tanah Suci.



Ia bergantung kepada keputusan dicapai Jawatankuasa Tertinggi Haji dengan pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan.



Protokol yang dimaksudkan adalah syarat yang perlu dipenuhi sebelum tiba di zon haji termasuk had umur dibenarkan, status kesihatan yang baik dan individu mesti bebas daripada sebarang penyakit kronik.



Bagi jemaah luar negara, mereka mestilah sudah menerima jumlah dos penuh suntikan vaksin yang diluluskan Arab Saudi.



Jemaah juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19 bagi memastikan mereka bebas daripada wabak berkenaan.



Ujian itu perlu dibuat dalam tempoh 40 jam sebelum bergerak ke zon menunaikan ibadat haji.



Kaedah kawalan yang diatur pihak berkuasa mempunyai prosedur tertentu perlu diikuti, termasuk di pintu masuk dan keluar negara itu.



Prosedur yang perlu dipatuhi termasuk memastikan bilik hotel menepati ciri keselamatan iaitu tidak tinggal bersesak-sesak.



Perkhidmatan katering makanan pula akan disediakan di bilik masing-masing dengan hidangan secara bufet tidak dibenarkan.



Bagi jemaah dari luar negara, mereka perlu menjalani kuarantin selama tiga hari.



Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, jemaah akan dikumpulkan mengikut kumpulan dengan khemah didirikan di laluan pejalan kaki.



Perjalanan ke Arafah akan disusun secara berkumpulan dengan menaiki bas.



Jemaah tidak dibenarkan berdiri sepanjang perjalanan dengan satu tempat duduk kosong yang menjarakkan setiap orang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >