ISU SUMBANGAN DANA PADA AKAUN NAJIB
Saudi mengaku salur derma kepada Najib
Apr 16, 2016 | 05:30 AM
ISTANBUL: Menteri Luar Arab Saudi, Encik Adel Al-Jubeir, mengaku sumbangan derma kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak memang datang dari negara itu.
"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.