Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi peruntuk tanah untuk bina lapangan terbang haji dan umrah

Jul 10, 2019 | 05:30 AM



MAKKAH: Amir Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, kelmarin mengumumkan peruntukan tanah dalam projek pembinaan sebuah lapangan terbang untuk haji dan umrah.



Lapangan terbang baru itu akan dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz Jeddah dengan kerjasama Penguasa Besar Penerbangan Awam (GACA), lapor portal berita Arab Saudi Saudi Gazette.



Beliau mengumumkan hal itu semasa majlis menandatangani perjanjian dan memorandum kerjasama bagi projek Al-Faisaliah, yang turut dihadiri Timbalan Amir Makkah, Putera Badr Bin Sultan; dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Muhammad Al-Jadaan, yang juga pengerusi lembaga pengarah Penguasa Besar Hartanah Saudi.



Projek Al-Faisaliah, yang akan dibina di atas kawasan seluas 2,450 kilometer persegi, terletak di bahagian barat Makkah, bermula dari sempadan Makkah Haram dan akan sampai ke pantai Laut Merah Al-Shuaiba di barat.



Menurut Saudi Gazette, Putera Khaled mengatakan projek itu telah diluluskan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman, yang menamakannya Al-Faisaliah.



Putera Khaled dan Al-Jadaan menandatangani perjanjian untuk memperuntukkan dan melabur tanah milik negara dalam sempadan projek Al-Faisaliah bagi melaksanakan projek lapangan terbang itu.



Sementara itu, Ihsan Bafakih dan Fahd Al Sudairi, Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Electricity Company (SEC), menandatangani perjanjian untuk memanfaatkan tapak Al-Faisaliah bagi projek suria.



Perjanjian itu selaras dengan Wawasan Kerajaan 2030 dan dalam rangka usaha mempelbagaikan sumber tenaga dan mengoptimumkan penggunaan hidrokarbon dan sumber mineral untuk mencapai pembangunan ekonomi negara yang mampan.



Kementerian Tenaga, Industri dan Sumber Mineral akan menjalankan, melalui Pejabat Pembangunan Projek Tenaga Boleh Diperbaharui, kajian teknik persediaan untuk keseluruhan projek itu, yang akan dilaksanakan dalam fasa.



Projek solar itu bertujuan membekalkan tenaga kepada sekitar 340,000 rumah dan memenuhi permintaan meningkat yang dijangka hasil pertumbuhan penduduk.



Projek ini akan menyediakan tenaga bersih, mengurangkan pelepasan karbon yang sekarang sebanyak lebih daripada empat juta tan setahun, dan mewujudkan peluang pelaburan serta perindustrian yang akan menghasilkan 3,000 hingga 4,000 pekerjaan pembinaan dan 150 hingga 200 pekerjaan operasi.



Projek Al-Faisaliah dijangka menyediakan satu juta pekerjaan dalam pelbagai sektor, termasuk kesihatan, pendidikan, teknologi dan perkhidmatan.



Projek itu juga akan termasuk pelabuhan dan menempatkan semua penguasa kerajaan Arab Saudi di Makkah.



Beberapa projek pelancongan dan hiburan akan dibangunkan di tepi pantai Al-Faisaliah.



Penguasa Pembangunan Wilayah Makkah (MRDA) akan mengawasi projek itu, yang akan mempunyai pengurusan bebas.



Projek itu akan merangkumi Pusat Islam dalam fasa pertama projek Al-Faisaliah, termasuk kompleks jabatan kerajaan, kawasan tepi laut, kawasan logistik, kawasan diplomatik dan pembangunan Allaith Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >