RIYADH: Arab Saudi merancang untuk melonggarkan waktu perintah berkurung yang dilaksanakan di beberapa bandar negara itu semasa Ramadan untuk membenarkan orang ramai pergi berbelanja bagi barangan keperluan.
Namun ini akan dilakukan dalam sempadan kejiranan mereka, lapor agensi berita negara itu SPA.
Sekarang ini mereka yang tinggal dalam kawasan perintah berkurung 24 jam boleh keluar bagi mendapatkan penjagaan kesihatan dan untuk ke pasar raya dari 6 pagi hingga 3 petang.
Semasa Ramadan, tempoh waktu ini akan bermula dari 9 pagi hingga 5 petang, kata SPA. - Reuters
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
28
0
Saudi rancang longgarkan waktu perintah berkurung semasa Ramadan
Apr 21, 2020 | 10:44 PM