Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Saudi rancang swastakan lapangan terbangnya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Saudi rancang swastakan lapangan terbangnya

Nov 16, 2015 | 05:18 PM

RIYADH - Penguasa penerbangan awam Arab Saudi telah mengumumkan satu rancangan untuk menswastakan lapangan terbangnya menjelang 2020.

Langkah tersebut dibuat sebagai usaha negara itu untuk mempelbagaikan ekonominya demi meningkatkan pendapatan bukan minyak.

Inisiatif tersebut akan dilancarkan dalam suku pertama tahun depan dengan penswastaan lapangan terbang antarabangsa ibu kota Arab Saudi, kata Penguasa Umum bagi Penerbangan Awam.

Dalam suku kedua dan ketiga tahun depan, kerajaan negara itu merancang untuk menswastakan sektor perkhidmatan penerbangan dan teknologi maklumat, katanya dalam satu kenyataan hujung minggu.

Arab Saudi mempunyai sekurang-kurangnya tiga lapangan terbang utama antarabangsa di Riyadh, Jeddah dan Damman, selain beberapa lapangan terbang domestik di kebanyakan bandar Saudi. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3