Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi sedia pelbagai bantuan bagi firma, individu sektor haji

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



KAHIRAH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah meluluskan pelbagai inisiatif yang bertujuan membantu syarikat dan individu yang beroperasi dalam bidang urusan haji, kata agensi berita negara itu SPA kelmarin.



Inisiatif itu bertujuan mengurangkan kesan kewangan dan ekonomi ekoran pandemik Covid-19 ke atas sektor yang memberi sokongan dalam jemaah menunaikan haji dan umrah, ujar SPA.



Ini termasuk mengecualikan kemudahan penginapan daripada yuran tahunan bagi lesen kegiatan komersial perbandaran di kota Makkah dan Madinah - tempat ibadah haji dan umrah dilakukan.



Kemudahan berkaitan sektor itu akan juga dikecualikan daripada bayaran pekerja asing selama enam bulan dan boleh memperbaharui lesen Kementerian Pelancongan bagi kemudahan penginapan secara percuma di dua kota suci itu selama satu tahun, yang boleh dilanjutkan.



Bagi ekspatriat bekerja dalam kegiatan ekonomi berkaitan haji dan umrah pula, kutipan yuran pembaharuan kediaman akan ditangguh selama enam bulan, dengan syarat jumlahnya dibayar secara ansuran selama setahun.



Selain itu, lesen bas yang beroperasi di kemudahan mengangkut jemaah akan tetap sah tanpa bayaran selama satu tahun, dan kutipan cukai kastam bagi bas baru akan ditunda ke musim haji yang akan datang selama tiga bulan.



Pembayaran itu akan dibuat secara ansuran dalam jangka masa empat bulan dari tarikh akhir.



Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi mengumumkan ia akan mewajibkan bakal jemaah haji tahun ini mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.



Menteri Kesihatan, Dr Tawfiq al-Rabiah, berkata vaksin Covid-19 wajib dan ia sebahagian syarat utama bagi semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu pada Julai.



Beliau tidak mengesahkan apakah jemaah dari luar Arab Saudi dibenarkan menunaikan haji tahun ini, tetapi berkata suntikan vaksin adalah syarat utama.



Sekurang-kurangnya 2.5 juta Muslim dari seluruh dunia menunaikan ibadah haji setiap tahun.



Namun, ekoran penularan Covid-19 di serata dunia tahun lalu, termasuk Arab Saudi, kerajaan itu mengurangkan jumlah jemaah haji tahun lalu kepada 10,000 orang, kesemuanya penduduk di negara itu, bagi mengelak penularan penyakit itu.



Pada masa sama, Arab Saudi mewajibkan pekerja kesihatan terlibat dalam ibadah haji musim ini mendapatkan vaksin Covid-19, tambah Dr Tawfiq. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >