Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi umum kuota haji bagi jemaah luar negara

Indonesia diberi kuota tertinggi; Muis akan buat pengumuman dalam masa terdekat
Apr 24, 2022 | 05:30 AM



SELAKU negara dengan penduduk Islam paling ramai, Indonesia diperuntukkan kuota haji pada 2022 paling tinggi dengan 100,051 jemaah.



Demikian menurut satu laporan akhbar Arab Saudi, Saudi Gazette, mengenai peruntukan jemaah haji asing tahun ini.



Pakistan pula diperuntukkan seramai 81,132 jemaah dan India di tempat ketiga dengan 79,237 jemaah.



Bangladesh boleh menghantar jemaah haji keempat terbesar dengan kuota 57,585.



Negara Afrika, Angola, pula berada di bahagian bawah senarai dengan jumlah paling rendah iaitu 23 jemaah.



Di antara negara-negara Afrika, Nigeria mendapat bahagian terbesar seramai 43,008 jemaah.



Bagi negara-negara Arab pula, Mesir mendahului dengan 35,375 jemaah haji. Kuota yang diperuntukkan untuk Iran berjumlah 38,481 manakala kuota Turkey berjumlah 37,770.



Menurut sumber, kuota yang diperuntukkan untuk Amerika Syarikat ialah 9,504, manakala Russia (11,318), China (9,190), Thailand (5,885) dan Ukraine (91).



Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum ini mengumumkan jemaah haji asing meliputi 85 peratus daripada jumlah sejuta jemaah yang akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini.



Seramai 850,000 jemaah asing akan dibenarkan menunaikan haji manakala jumlah jemaah dalam negeri dihadkan kepada 150,000.



Jumlah keseluruhan 850,000 jemaah haji asing adalah hanya 45.2 peratus daripada kuota sebenar jemaah haji yang diperuntukkan untuk setiap negara sebelum penularan pandemik Covid-19.



Keputusan itu bertujuan memberi peluang kepada sebilangan besar umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan haji selepas mengambil kira mereka tidak dibenarkan berbuat demikian dalam tempoh dua tahun lalu, susulan penularan wabak Covid-19.



Kementerian Haji dan Umrah juga menetapkan terma dan syarat tertentu untuk jemaah haji asing bagi mengerjakan haji tahun ini. Ini termasuk tidak membenarkan jemaah haji berusia 65 tahun ke atas dan jemaah haji perlu mengambil dua dos vaksin Covid-19.



Sementara itu ketika dihubungi mengenai kuota haji Singapura, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata mereka akan membuat pengumuman itu dalam masa terdekat.



"Kami sedang bekerjasama dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) untuk persediaan akhir Haji 2022 dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.



"Kami masih belum lagi, setakat hari ini, melantik GSA (ejen penjualan pakej haji dan umrah) atau pakej yang diluluskan."



Baru-baru ini, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah berpeluang bertemu dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah, di Riyadh semasa satu lawatan rasmi ke sana.



Dalam pertemuan itu, beliau telah menyampaikan harapan agar jemaah Singapura dapat menunaikan haji tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >