Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEMPENA 20 TAHUN SERANGAN PENGGANAS 9/11

Saudi usaha tonjol imej lembut 20 tahun lepas 9/11

Sep 13, 2021 | 05:30 AM



RIYADH: Dua dekad setelah militan Arab Saudi dilaporkan mendalangi dan melakukan serangan 9/11 di Amerika Syarikat, kerajaan negara itu berusaha melakukan perubahan dalam gerakan reformasi bertujuan memperbaharui citra konservatifnya.



Wanita kini boleh memandu dan pawagam dibuka semula di Arab Saudi "baru" di bawah kuasa Putera Mahkota Mohammed bin Salman.



Itu antara beberapa pembaharuan pemodenan yang beberapa pihak percaya boleh dikaitkan dengan trauma peristiwa 9/11.



Inisiatif itu "salah satu kesan jangka panjang" daripada serangan pengganas terburuk di bumi Amerika, kata Cik Yasmine Farouk daripada Endowmen Carnegie bagi Keamanan Antarabangsa kepada AFP.



Menurut laporan, 15 warga Arab Saudi adalah antara 19 perampas dalam serangan pesawat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon, yang menyebabkan hampir 3,000 orang terkorban. Serangan itu dikatakan dirancang oleh pemimpin Al-Qaeda kelahiran Arab Saudi, Osama bin Laden.



Arab Saudi, sekutu lama Amerika, menafikan terlibat dalam insiden itu tetapi dibidas teruk oleh Amerika berhubung sistem sosial dan pendidikannya, yang menurut pengkritik mempromosikan faham ekstremisme.



Lebih banyak tekanan mungkin berlaku beberapa bulan mendatang selepas Presiden Amerika Joe Biden mengarahkan dokumen rahsia daripada siasatan Amerika terhadap serangan tersebut tidak dirahsiakan lagi.



Encik Biden memberi reaksi terhadap tekanan daripada beberapa keluarga mangsa yang terkorban dalam 9/11, yang telah lama berhujah bahawa dokumen rahsia tersebut mungkin mengandungi bukti kerajaan Arab Saudi mempunyai kaitan dengan perampas.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu oleh kedutaan Amerika, Arab Saudi mengatakan ia "menyambut baik" langkah Encik Biden.



Arab Saudi menyatakan ia "hanya dapat mengulangi dukungannya bagi pendedahan sepenuhnya apa jua dokumen dengan harapan ia akan menamatkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan itu buat selama-lamanya".



KEBANGKITAN MBS



Citra Arab Saudi terpahat pada tafsiran Islam menurut fahaman Wahabi yang tegas, yang dikatakan dieksport ke seluruh dunia. Negara itu, yang menempatkan kawasan suci Islam dan merupakan pengeksport minyak terbesar di dunia, pada mulanya menolak tekanan untuk melakukan pembaharuan.



Tetapi kebangkitan Putera Mohammed, atau 'MBS', yang dinamakan sebagai putera mahkota pada 2017, dan peri perlunya mempelbagai permintaan kerana permintaan terhadap bekalan minyak yang berkurang, mendorong perubahan ekonomi, sosial dan agama.



Putera Mohammed berusaha menampilkan dirinya sebagai juara Islam "moderat", walaupun reputasi antarabangsanya terjejas ekoran pembunuhan wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi pada 2018 di konsulat kerajaan itu di Istanbul.



Dasar melarang wanita memandu yang mendapat banyak kritikan dibatalkan pada 2018, konsert muzik yang membolehkan lelaki dan wanita bercampur kini dibenarkan dan perniagaan boleh terus dijalankan semasa solat lima waktu setiap hari.



Arab Saudi juga telah mengendurkan polis keagamaannya yang pernah digeruni, yang mengusir orang ramai dari pusat beli-belah supaya mendirikan solat dan memarahi mereka yang dilihat bergaul dalam kumpulan berlainan jenis.



Negara Teluk itu, yang menjadi destinasi berjuta jemaah haji dan umrah setiap tahun, juga telah membuka pintu kepada pelancongan bukan bercorak agama.



Kerajaan Arab Saudi kini "berbeza dan lebih baik", kata penasihat kerajaan Arab Saudi, Encik Ali Shihabi, kepada AFP.



"(Pembaharuan) telah membongkar struktur dan jaringan Islam radikal di negara ini.



"Pengganas yang merancang kemarahan serupa 9/11 harus pergi ke tempat lain dari negara ini untuk menarik rekrut, kerana kumpulan pemuda Arab Saudi diindoktrinasi dalam Islam yang berbentuk bertindak balas sudah susut."



Tetapi beberapa rakyat Arab Saudi memberi amaran bahawa reformasi cepat dan meluas menghadapi risiko tindak balas, dengan sentimen popular sukar diukur sedang pihak berkuasa terus menindas sebarang bangkangan atau aktivis.



TUGAS BESAR



Pada 2019, seorang penduduk Yaman melakukan serangan menikam di pesta muzik di Riyadh, dan dalam kejadian lain pada tahun itu, seorang lelaki Arab Saudi menembak dan membunuh tiga orang di pangkalan tentera laut di Florida, Amerika



Cik Yasmine mengatakan ia menggambarkan "Arab Saudi baru", tetapi mengingatkan bahawa pembaharuan itu "tidak cukup" untuk membasmi faham ekstremisme.



"Mereka tidak melibatkan dialog dengan masyarakat yang akan membahas hujah ekstremis," katanya.



"Dialog adalah sesuatu yang sangat penting untuk mencapai objektif dan bukan sekadar memaksakan perubahan."



Pembaharuan mesti tertumpu pada sistem pendidikan yang telah lama dikaitkan dengan fahaman Wahabi, kata Cik Kristin Diwan daripada Institut Negara Teluk Arab di Washington.



"Membaharui keseluruhan sistem pendidikan - kurikulum, instruktur, institusi - adalah tugas besar serupa dengan pembentukan kembali masyarakat itu sendiri," kata beliau kepada AFP.



Kerajaan Arab Saudi sedang meninjau buku teks yang menyebut non-Muslim sebagai "kafir" atau tidak beriman, sementara kementerian pendidikan telah mengumumkan ia sedang mengusahakan kurikulum baru yang mempromosikan "nilai-nilai kebebasan berfikir dan toleransi".



Pada 2018, Putera Mohammed memberitahu televisyen CBS beliau mahu menghapuskan semua unsur "ekstremis" daripada sistem pendidikan, yang menggunakan khidmat golongan berpandangan tegar.



"Tiada ragu bahawa niat itu ada, tetapi pelaksanaan berkesan akan memakan masa," kata Cik Diwan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >