Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi: Wang yang diberi kepada Najib 'benar'

Apr 15, 2016 | 12:23 PM



KUALA LUMPUR: Arab Saudi berkata sumbangan besar yang diberi kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak adalah "benar", sekali gus memberi beberapa penjelasan mengenai sumber dana tersebut, yang didakwa datang melalui syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



Pihak berkuasa Arab Saudi tahu mengenai sumbangan itu dan ia diberi tanpa "apa-apa diharapkan sebagai balasan", agensi berita rasmi Malaysia, Bernama, melaporkan, dengan memetik Menteri Luar Arab Saud, Encik Adel Al-Jubeir.



Beliau berkata demikian kepada pemberita di Istanbul, Turkey, pada Khamis (14 April) selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib dalam sidang puncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).



"Ia sumbangan benar tanpa apa-apa diharapkan sebagai balasan," Encik Al-Jubeir dipetik sebagai berkata. "Kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah siasat dengan teliti perkara itu dan mendapati tiada salah laku. Jadi, pada kami, perkara itu sudah ditutup."



Komen itu menyusuli laporan sebelum ini oleh media, termasuk Wall Street Journal, bahawa wang tersebut datang daripada entiti yang dikaitkan dengan 1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Datuk Seri Najib.



Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, telah berkata Datuk Seri Najib menerima AS$681 million ($974 million) dan memulangkan AS$620 juta.



Beliau tidak menyatakan bakinya digunakan untuk apa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >