Mahathir: Saya akan tetapkan tarikh bagi Anwar jadi Perdana Menteri

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad mengatakan bahawa beliau telah membuat persiapan bagi menetapkan tarikh dan masa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatannya sebagai Perdana Menteri

“Saya akan mengumumkan (tarikhnya) nanti, tetapi saya akan menetapkan janji (saya kepadanya),” kata Dr Mahathir.

Menurut agensi berita, beliau telah memberitahu wartawan akhbar dalam talian, The Star, setelah melancarkan Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air Malaysia dalam satu acara di Muzium Kesenian Islam Malaysia pada hari Jumaat (20 Sept).

Datuk Seri Anwar, yang baru-baru ini diwawancara oleh Bloomberg Television pada hari Rabu lalu (18 Sept), telah berkata bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada Mei 2020.

“Pengumuman itu difahami akan terjadi pada waktu demikian tetapi saya tidak mengambil berat tentang bulan yang tetap (bagi mengambil alih jawatan Dr Mahathir).

“Namun, ia difahami juga bahawa Dr Mahathir akan mengundurkan diri pada masa yang sesuai,” tambah beliau. - Agensi berita.