Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saya tidak pernah akui ditipu Jho Low: Najib

Nov 24, 2018 | 05:52 PM



MANTAN Perdana Menteri Najib Razak menafikan bahawa beliau pernah akui ditipu ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, berkaitan skandal 1MDB sepertimana dilaporkan portal berita dalam talian. 



Katanya, portal berita Malaysiakini tersebut telah memutar belitkan kata-katanya. 



“Saya berkata jika (kata-kata bohong itu) terbukti benar, maka mungkin kita ditipu olehnya (Jho Low). Saya juga ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah nafi mengenali beliau...saya tidak pernah menafikan,” kata Najib. 



“Saya berkata saya mempunyai hubungan profesional dengannya dan telah menggunakannya dalam perjanjian kami dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab-arab Bersatu (UAE) untuk menarik pelabur ke Malaysia,” katanya semasa program ‘Coffee Talk with Former Prime Minister’ di Dewan Maran Umno. 



Program tersebut juga dihadiri ketua Maran Umno Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.



Khamis lalu, Malaysiakini telah menerbitkan artikel berdasarkan wawancara bersama Najib oleh Penasihat Editorial Karangkraf Datuk Abd Jalil Ali, yang telah disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian. 



Pada mulanya ia telah mengeluarkan artikel bertajuk “Memang Kita Sudah Ditipu Jho Low, Kata Najib” sebelum menukarnya kepada "Mungkin Kita Sudah Ditipu Jho Low, Kata Najib”. - Bernama 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >