Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Sebahagian besar anggota Umno tolak cadangan tidak sokong Muhyiddin'

Jul 10, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sebahagian besar anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak bersetuju dengan arahan presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk menarik balik sokongan Umno itu.



Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden Umno, semalam berkata ahli MKT itu termasuk dirinya telah menyuarakan dalam mesyuarat baru-baru ini bahawa keputusan menarik balik sokongan parti semasa wabak sekarang tidak ada gunanya.



Semalam, Datuk Ahmad Zahid turut menegaskan keputusan parti itu menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan kerana ia dahagakan kuasa.



Tetapi langkah itu diambil untuk menangani kesilapan kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 di Malaysia yang terus mencatat bilangan tinggi walaupun dikenakan sekatan pergerakan seluruh negara.



Ahmad Zahid: Umno tak boleh jadi 'pak sanggup'



Bercakap kepada Berita Harian Malaysia, Datuk Ismail Sabri berkata sekarang bukan masanya untuk berpolitik kerana lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menolong orang ramai yang sangat memerlukan bantuan semasa wabak Covid-19 ketika ini.



"Dalam mesyuarat (Majlis Kerja Tertinggi) itu, mereka yang hadir mengatakan mereka tidak setuju dengan keputusan menarik balik sokongan kami.



"Kami percaya kami perlu menyelesaikan masalah yang melibatkan rakyat dahulu kerana mereka dibebani banyak perkara dan oleh itu, mereka harus menjadi keutamaan kami.



"Kami memahami keadaan orang ramai dan kami melakukan yang terbaik dalam mencari jalan untuk menolong mereka, jadi mari kita ketepikan politik ini buat masa ini. Ini bukan masanya untuk menarik balik sokongan kita," katanya.



Datuk Ismail Sabri menarik perhatian bahawa sementara semua anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menyedari perkara mengenai sokongan Umno terhadap Tan Sri Muhyiddin telah diputuskan semasa Perhimpunan Agung 2020 parti itu, ini adalah masa yang salah untuk membangkitkan semula perkara itu.



Beliau mengatakan apa sahaja keputusan yang ingin dibuat oleh parti, ia mesti dilakukan pada waktu yang tepat.



Selain itu, dalam satu catatan di Facebook semalam, Datuk Ahmad Zahid berkata:



"Jika (Umno) dahagakan kuasa bukan begitu sifatnya. Lebih baik bergayut kepada kuasa sedia ada. Umno tidak boleh jadi 'pak sanggup' menadah kegagalan kerajaan.



"Umno juga mengambil keputusan itu kerana mahu negara dipulihkan segera,"



Beliau berkata walaupun parti itu berada dalam kerajaan, ada pihak cuba dengan secara halus menggunakan 'jenama' Umno untuk dipersalahkan.



"Umno seolah-olah perlu dipertanggungjawabkan di sebalik kegagalan kerajaan PN," katanya.



Beliau menambah, Umno turut dituduh sebagai kuat merungut, bercakap seperti pembangkang dan memperjuangkan agenda peribadi presiden parti.



"Umno dituduh main politik, sedangkan mereka kekurangan 'political will' atau keazaman politik menyelamatkan rakyat. Umno mendesak walaupun terpaksa menelan pelbagai tohmahan, kritikan dan diperlekeh.



"Maka Umno secara musyawarah mengambil keputusan yang cukup besar kerana Umno tahu rakyat sudah tidak tertanggung lagi. Negara perlu dipulihkan segera," katanya lagi.



Sementara itu, gabungan parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH), berpendirian sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil berikutan jumlah kes Covid-19 masih tinggi dan prasarana kesihatan awam semakin tertekan.



Majlis Presiden PH dalam kenyataan lewat kelmarin berkata oleh sebab itu, PH akan terus memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, pengurusan krisis Covid-19 dan program vaksinasi yang lebih pantas.



Namun PH juga membidas pandangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin masih boleh menjalankan tugas perdana menterinya walaupun Umno telah menarik balik sokongan terhadapnya.



Majlis Presiden PH berpendapat, Tan Sri Muhyiddin telah kehilangan majoriti menyusuli tindakan Umno itu.



Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga mengkritik pendirian peguam negara itu.



"... Kita tak boleh lagi bergantung pada undang-undang kerana undang-undang ini ditafsir dan dikuatkuasakan mengikut budi bicara, bukan mengikut undang-undang," katanya dalam sidang media dalam talian kelmarin. - BHM, NST, Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >