PASCA PILIHAN RAYA PRESIDEN AMERIKA

Sebahagian cadangan kontroversi Trump 'lenyap' dari laman web kempen

Termasuk usul melarang Muslim masuk Amerika

NEW YORK: Sebahagian cadangan paling kontroversi Encik Donald Trump yang dibuat semasa bersaing dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat telah lenyap daripada laman web kempennya kelmarin, termasuk usul melarang orang Islam memasuki negara itu dan janji beliau akan membatalkan Perjanjian Iklim Paris.

Pautan ke cadangan pada 7 Disember yang bertajuk: 'Kenyataan Donald J. Trump mengenai Mencegah Imigresen Muslim' lenyap, bersama senarai beliau bagi calon berpotensi bagi menjadi hakim Mahkamah Agung dan butiran tertentu rancangan pembaharuan kawal selia ekonomi dan pertahanan beliau.

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:15
Maghrib
6:53
Isyak
8:06
3 HR PSI: 78
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.