Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Secara senyap Biden capai banyak kejayaan

Pakej rangsangan ekonomi $2.6t presiden AS dijangka dilulus, janji satukan negara lepas era Trump mula berhasil
Mar 11, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Beliau belum mengadakan sebarang sidang media, atau banyak menulis di media sosial, dan seperti ramai pengkritiknya berkata, orang paling tua menjadi presiden Amerika Syarikat.



Namun, Encik Joe Biden dalam kurang 50 hari telah mencapai banyak kejayaan.



Semalam, Dewan Perwakilan dijangka meluluskan Rancangan Selamatkan Amerika, iaitu pakej rangsangan ekonomi yang, dengan jumlah AS$1.9 trilion ($2.6 trilion), merupakan yang terbesar dalam sejarah negara itu, dan bertujuan mengeluarkan Amerika daripada kemerosotan Covid-19 sepanjang setahun lalu.



Bersama suntikan wang tunai besar itu ialah program suntikan vaksin Covid-19, yang menjadikan Amerika satu kisah kejayaan, dengan kadar vaksinasi lebih tinggi daripada Canada dan Kesatuan Eropah (EU).



Walaupun dimusuhi Parti Republikan di Kongres, janji Encik Biden akan menyatukan kembali negara yang ditinggalkan oleh era Encik Donald Trump itu juga telah mula menunjukkan hasil.



Hakikatnya, seorang ahli politik yang menjalankan kempen presiden secara senyap dan terus mempertahankan profil rendahnya kini ternyata cukup popular.



Kadar sokongan bagi Encik Biden secara purata sejak memegang jawatan ialah 57 peratus.



Ini mungkin tidak terlalu tinggi namun ia jauh berbeza daripada 34 peratus yang diraih Encik Trump pada hari-hari terakhir tempoh jawatannya, dan jauh lebih tinggi daripada kebanyakan ahli politik lain sekarang.



Rang undang-undang rangsangan ekonomi lebih popular - secara tekal mendapat sokongan daripada sekitar tiga perempat penduduk negara itu.



Satu tinjauan terbaru Pew mendapati 70 peratus bersetuju secara keseluruhan, dengan 94 peratus dalam kalangan Demokrat dan 41 peratus dalam kalangan Republikan.



Satu tinjauan pendapat Morning Consult/Politico pula mendapati sokongan Republikan sebanyak 60 peratus.



"Kita tidak pernah melihat sesuatu yang mendesak dan bercita-cita besar seperti ini diterima secara meluas," kata Encik Biden bulan ini.



"Sikap perpaduan yang kita lihat sekarang tidak pernah terjadi sebelum ini."



Media sayap kanan seperti Fox News terus mengetengahkan kritikan yang dibuat Encik Trump semasa kempen pilihan raya, iaitu Encik Biden, 78 tahun, sudah kehabisan tenaga atau lebih buruk lagi.



Namun di dunia nyata, bekas naib presiden dan senator itu 'merobek' tanggapan tersebut.



"Lakukan besar-besaran," kata Encik Biden mengenai rancangan rangsangan ekonominya.



Semua itu dilakukan dengan gaya yang amat berlainan daripada Rumah Putih di bawah Encik Trump.



Encik Biden kini memegang rekod sebagai presiden paling lama dalam sejarah moden Amerika yang belum mengadakan sidang media rasmi.



Beliau juga belum menetapkan sebarang tarikh bagi ucapan pertamanya bagi sesi bersama Kongres.



Tidak seperti Encik Trump dan rapat ucapannya yang tanpa henti, Encik Biden juga hampir tidak melakukan perjalanan serata negara.



Dan tulisan media sosialnya terbatas pada dorongan lembut dan permintaan sopan untuk bersatu.



Tidak ada penghinaan, tidak ada tulisan tidak menyenangkan, tetapi juga tidak banyak berita.



Yang pasti, Encik Biden memegang jawatan ketua negara dengan mengetahui bahawa beliau akan mengakhiri mimpi buruk Covid-19 dan membangkitkan semula ekonomi Amerika.



Dan sejauh ini, rancangannya tampak mula membuahkan hasil. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >