Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sejuta jemaah haji tinggalkan Arab Saudi

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



JEDDAH: Lebih sejuta jemaah haji telah meninggalkan Arab Saudi setelah menunaikan ibadah haji, menurut pihak berkuasa negara itu.



Pejabat Ketua Pengarah Pasport berkata daripada 1,758,722 jemaah haji asing, 1,001,783 telah berlepas menjelang 4 petang kelmarin, 19 hari selepas kemuncak ibadah haji, iaitu Hari Arafah, atau wukuf, lapor Arab News.



Lebih 2.3 juta jemaah haji melakukan wuquf, yang jatuh pada 19 Ogos lalu, di padang Arafah di pinggir Makkah.



Raja Salman bagi Arab Saudi memuji penganjuran haji yang cekap, yang membolehkan jemaah "melakukan ibadah itu dengan mudah, aman dan rasa terjamin dalam sekitaran tenang".



Beliau dan Putera Mahkota Mohammad Salman mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri Putera Abdul Aziz Saud, yang tugasnya sebagai ketua Jawatankuasa Tertinggi Haji ialah memastikan keberhasilan pelaksanaan rancangan haji.



Dalam satu mesyuarat minggu ini, Amir Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, mengamati beberapa faktor positif menyumbang kepada operasi haji yang sangat berjaya, lapor Saudi Gazette.



"Terdapat lonjakan mutu dalam operasi haji dengan penyelarasan penuh semua jabatan dan agensi berkaitan, dan penggunaan sejumlah besar sumber manusia dan bahan, dan pengurangan ketara jumlah orang yang menyusup ke Tanah Suci untuk melaksanakan haji tanpa permit. Ini ialah beberapa faktor positif di samping keadaan kesihatan yang baik bagi jemaah haji," katanya.



Menurut beliau, musim haji ini bebas daripada wabak atau penyakit berjangkit, dan terdapat bilik pengasingan di hospital-hospital di Makkah dan tempat suci.



Lebih 333,000 jemaah haji menerima rawatan di hospital semasa haj.



Saudi Gazette melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi telah memulakan persiapan bagi haji tahun depan dengan keputusan mengadakan bengkel haji untuk membincangkan semua aspek operasi haji pada akhir Muharam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >