WASHINGTON: Amerika Syarikat akan mengenakan sekatan baru ke atas Russia bagi serangan kimia yang didakwa dilakukan rejim Presiden Bashar al-Assad Syria, kata duta besar Amerika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cik Nikki Haley, kelmarin.
Cik Haley berkata sekatan yang diumumkan semalam oleh Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin, akan menyasarkan syarikat yang membekalkan Damsyik peralatan dan bahan lain yang berkaitan dengan senjata kimia.