Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekatan penuh Covid-19 Malaysia dilanjutkan: PM Muhyiddin

Jun 27, 2021 | 03:24 PM



PETALING JAYA: Fasa pertama kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir Isnin (28 Julai)  tidak akan ditamatkan, malah diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini, kata Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, fasa pertama itu dilanjutkan kerana jumlah kes Covid-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.

“Sekarang mereka kata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita tak sebut PKP, tapi kita sebut kita berada dalam fasa, sekarang ini fasa pertama (PPN) sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya.

“Bukan kata 28 Jun tamat PKP, itu silap... kita masih di fasa pertama PPN dan akan lanjutkan sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 kes dengan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan,” katanya. 

Pada 15 Jun lalu, Muhyiddin mengumumkan PPN yang merangkumi empat fasa yang akan beralih secara berperingkat.

Bagi membolehkan peralihan ke fasa kedua, purata kes harian Covid-19 perlu berada di bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus penduduk  telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Untuk ke fasa ketiga, ia akan dibuat jika antara lain purata kes harian Covid-19 turun ke paras bawah 2,000 dan nilai ambang itu dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir Ogos ini, manakala peralihan ke fasa keempat dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir Oktober 2021. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >