Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekatan yang dihadapi Russia

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



NEGARA-NEGARA Barat telah mengenakan sekatan ke atas Russia menyusuli serangannya terhadap Ukraine.



Langkah-langkah tersebut bertujuan melumpuhkan ekonomi Russia dan menghukum pemerintahnya kerana mengambil tindakan ketenteraan.



APAKAH ITU SEKATAN?



Sekatan adalah hukuman yang dikenakan oleh satu negara ke atas sebuah negara lain, sering kali untuk menghentikannya daripada bertindak secara agresif atau melanggar undang-undang antarabangsa.



Sekatan direka untuk melumpuhkan ekonomi sesebuah negara, atau kewangan rakyat individu, seperti ahli politik utama. Ini termasuk larangan perjalanan dan larangan bersenjata.



APAKAH SEKATAN YANG DIKENAKAN NEGARA BARAT?



Kesatuan Eropah (EU), Britain, Amerika Syarikat dan sekutu mereka telah meningkatkan sekatan terhadap Russia kelmarin.



Langkah-langkah itu termasuk mengeluarkan bank Russia tertentu daripada sistem mesej Swift. Tujuannya adalah untuk memutuskan mereka daripada sistem kewangan antarabangsa dan "memudaratkan keupayaan mereka beroperasi di peringkat sejagat".



Negara Barat juga telah membekukan aset bank pusat Russia untuk mengehadkan keupayaan mereka mengakses simpanan di luar negara, dan mengehadkan penjualan kerakyatan melalui "pasport emas" yang membolehkan orang kaya Russia menjadi rakyat.



Mereka, antara lain juga, telah melancarkan pasukan bertindak transatlantik untuk mengenal pasti dan membekukan aset individu dan syarikat yang dikenakan sekatan.



Kedua-dua Britain dan EU berkata mereka merancang mengenakan sekatan ke atas Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, dan Menteri Ehwal Luar, Encik Sergei Lavrov. Britain juga telah mengumumkan bahawa, antara lain, semua bank utama Russia akan menyaksikan aset mereka dibekukan dan dikecualikan daripada sistem kewangan Britain.



Sementara itu, negara EU pula telah mengenakan sekatan seperti menyasar 70 peratus pasaran perbankan Russia dan firma utama dimiliki negara itu, termasuk firma pertahanan.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, mengumumkan langkah-langkah terhadap siri bank dan individu, sambil menambah bahawa Amerika dan sekutunya akan memutuskan lebih separuh import barangan teknologi tinggi Russia untuk menghentikan negara itu membangunkan keupayaan pertahanannya.



BAGAIMANAKAH AKAN SEKATAN INI MENJEJAS RUSSIA?



Larangan terhadap Swift akan melewatkan bayaran bagi eksport minyak dan gas yang diperolehi Russia.



Namun, Russia boleh mendapat bayaran melalui sistem lain, contohnya, Sistem Bayaran Antara Bank Rentas Sempadan China.



Pembekuan aset bank pusat Russia akan mengehadkan keupayaannya mengakses simpanannya di luar negara.



APAKAH SEKATAN LAIN YANG BOLEH DIHADAPI RUSSIA?



Negara-negara Barat juga boleh melihat pada pilihan untuk menyekat eksport minyak dan gas Russia - yang membentuk seperlima ekonomi Russia dan separuh pendapatannya daripada eksport.



Oleh itu, tindakan enggan membeli minyak dan gas Russia adalah satu sekatan yang amat berat.



Namun, ia juga akan menjejas negara Barat yang bergantung padanya.



Russia membekalkan 26 peratus minyak mentah EU dan 38 peratus gasnya. Pemotongan bekalan gas, walaupun singkat, akan menaikkan harga tenaga.



APAKAH RESPONS RUSSIA TERHADAP SEKATAN TERSEBUT?



Kementerian Ehwal Luar Russia telah mengancam mengenakan sekatannya sendiri terhadap dunia Barat. Ini mungkin termasuk mengurangkan atau memutuskan bekalan gas ke Eropah.



Syarikat penerbangan Britain kini dilarang terbang dalam ruang udara Russia atau mendarat di lapangan terbang Russia.



Sekatan terhadap sektor perbankan Russia kemungkinan akan menjejas firma yang melakukan perniagaan di Russia, atau mempunyai aset dalam bank mereka, dan larangan eksport ke atas barangan teknologi tinggi akan menjejas banyak syarikat perkilangan Barat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >