Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jan 09, 2019 | 05:30 AM



Malaysia siasat dakwaan China tawar bantuan cegah siasatan 1MDB



WASHINGTON: Malaysia sedang menyiasat dakwaan bahawa China menawarkan bantuan untuk mencegah siasatan ke atas kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai balasan ia diberi kontrak projek prasarana.



Ini selepas akhbar Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pemimpin kanan China telah menawarkan untuk membantu menyelamatkan dana kerajaan bermasalah itu pada 2016.



Kerajaan Malaysia tidak tahu mengenai rundingan yang dilaporkan oleh WSJ, yang memetik minit mesyuarat yang diperiksanya, dan sedang mengkaji perkara itu, kata Menteri Kewangan Malaysia, Encik Lim Guan Eng, lapor Bloomberg semalam.



Kos projek yang disokong China sememangnya diperbesar dan Malaysia akan memeriksa apakah itu kerana ia dikaitkan dengan 1MDB, tambah Encik Lim.



Pegawai China memberitahu pegawai Malaysia bahawa Beijing akan menggunakan pengaruhnya untuk cuba mendapatkan Amerika Syarikat dan negara-negara lain menggugurkan dakwaan bahawa sekutu perdana menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, dan yang lain menyelewengkan dana 1MDB, menurut WSJ.



Sebagai balasan, Malaysia menawarkan kepentingan dalam projek kereta api dan saluran paip sebagai sebahagian daripada rancagan Belt and Road Initiative China, lapor akhbar itu.




Perang dagang Amerika-China manfaatkan Indonesia: Yusuf Kalla



JAKARTA: Perang perdagangan Amerika-China memberi manfaat kepada Indonesia kerana ia dapat membawa kepada pemindahan pengeluaran ke negara lain di rantau ini, kata Naib Presiden Indonesia, Encik Jusuf Kalla.



"Perang perdagangan yang sedang berterusan agak baik," kata Encik Jusuf dalam satu perbincangan mengenai prospek ekonomi di Jakarta semalam, lapor Bloomberg.



Komennya bercanggah daripada ulasan pegawai lain di Indonesia, yang memberi amaran kesan negatif daripada tarif Amerika yang lebih tinggi ke atas China, termasuk kemungkinan China melambakkan barangan murah seperti keluli di pasaran negara jirannya.



Asia Tenggara dilihat sebagai berpotensi mendapat manfaat daripada perang perdagangan, terutamanya lokasi kos rendah seperti Vietnam. Indonesia, dengan sekatan yang dikenakannya terhadap pelaburan asing dan infrastruktur yang lemah, kurang menarik bagi perniagaan.




Kebakaran di pesawat American Airlines berpunca daripada rokok elektronik



CHIAGO: Satu kebakaran berlaku pada penerbangan American Airlines Jumaat lalu disebabkan sebatang rokok elektronik yang menjadi terlampau panas sejurus selepas pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare.



USA Today memetik jurucakap Ross Feinstein sebagai berkata kelmarin bahawa kebakaran kecil itu dipadamkan oleh kru pesawat yang terlatih mengendalikan insiden akibat bateri berkuasa tinggi.



American Airlines turut mengeluarkan kenyataan kepada Newsweek bahawa tiada penumpang atau kru pesawat cedera dalam kejadian itu.



"Sejurus selepas mendarat di Chicago, Penerbangan 168 dari Las Vegas mengalami kebakaran kecil berpunca daripada rokok elektronik milik seorang penumpang," katanya.



Pengurusan Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat membenarkan rokok elektronik dan peralatan vape dibawa menaiki penerbangan tetapi tidak membenarkan ia dimuatkan di dalam kargo.



Pada Julai lalu, pesawat Air China membuat pendaratan kecemasan selepas paras oksigen turun mendadak akibat tindakan juruterbang menutup sistem pengaliran udara bagi membendung asap daripada rokok elektroniknya.



Pihak berkuasa China kemudian menarik balik lesen juruterbang itu dan syarikat penerbangan tersebut didenda 50,000 yuan ($9,905).




Presiden Bank Dunia letak jawatan bulan depan



WASHINGTON: Presiden Bank Dunia, Dr Jim Yong Kim, mengumumkan beliau akan meletak jawatan pada 1 Februari, tiga tahun sebelum tempohnya berakhir.



"Adalah satu penghormatan besar dapat berkhidmat sebagai presiden sebuah institusi luar biasa, penuh dengan individu bersemangat, berdedikasi ke arah misi membasmi kemiskinan melampau semasa hayat kita," kata beliau dalam satu kenyataan.



Dr Jim, yang mengambil alih kepimpinan Bank Dunia pada 2012, dijangka menyertai sebuah firma yang tidak dinamakan, yang memberi tumpuan kepada pelaburan di negara membangun.



Ketua Pegawai Eksekutif Bank Dunia, Cik Kristalina Georgieva, akan bertindak selaku presiden sementara selepas pengunduran Dr Jim, demikian kata bank itu dalam satu kenyataan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >