Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Dec 27, 2019 | 05:30 AM



DBS persiap kakitangan kenali gejala demensia pelanggan



DENGAN penduduk Singapura semakin menua, Bank DBS telah memperkenalkan kursus pembelajaran elektronik bagi semua 12,000 kakitangannya di Singapura.



Ini bagi melengkapi mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti dan melayan pelanggan yang mempunyai tanda-tanda demensia.



Demensia dijangka menjejas 103,000 penduduk di Singapura menjelang 2030.



Sekitar 90 peratus daripada semua kakitangannya yang terlibat dengan pelanggan secara langsung, telah selesai menjalani kursus tersebut.



Dalam kenyataan DBS, ia menyatakan mereka akan membantu kakitangan mengenal pasti gejala demensia agar dapat melindungi pelanggan daripada isu seperti mengekspoitasikan kewangan mereka.




SembMarine menangi 2 projek luar pesisir bernilai $550 juta



SYARIKAT SEMBCORP Marine (SembMarine) telah mendapat dua kontrak membangunkan pelantar luar pesisir bernilai lebih $550 juta untuk memasang pelantar di dua kawasan bagi menggali minyak, menurut syarikat itu kepada Bursa Singapura (SGX) semalam.



Kontrak pertama merupakan kerjasama bersama North Oil Company (NOC) untuk memasang dua pelantar minyak Al Shaheen yang dikendalikan NOC di Qatar.



Kerja bagi projek itu bakal bermula Disember 2021.



Bagi kontrak kedua pula, SembMarine akan memasang beberapa pelantar dan jambatan untuk Total E&P Danmark.



Pelantar itu dijangka siap menjelang suku pertama 2021.




China teroka kerjasama ekonomi, prasarana dengan Jepun, Korea Selatan



BEIJING: Dengan 'perang dagangan' yang berlaku antara China dengan Amerika Syarikat, China mulai beralih ke Jepun dan Korea Selatan.



China menjadi hos kepada dua negara itu bagi menjalankan daya usaha prasarana secara bersama.



Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang berkata kelmarin di satu pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe bahawa Beijing bersedia memperkukuh kerjasama ekonomi bersama Jepun dalam pasaran negara ketiga.



Semasa pertemuan di Chengdu, Encik Li menambah bahawa China akan lebih membuka industri perkhidmatan mereka kepada Jepun.



Agensi berita Yonhap melaporkan sewaktu pertemuan berasingan Isnin lalu bersama Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, Encik Li berkata China bersedia menghasilkan satu rangkaian kereta api yang menghubungkan Korea dengan China serta Eropah. - AFP.




Arab, Kuwait meterai perjanjian zon minyak



DUBAI: Syarikat minyak Arab Saudi, Aramco, menyatakan satu perjanjian telah dimeterai antara Arab Saudi dengan Kuwait untuk merintis jalan bagi pengeluaran minyak di satu zon yang dikongsi kedua-dua negara itu.



Menteri Perbekalan Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman and Menteri Ehwal Luar Kuwait, Encik Sheikh Ahmad Nasser al-Mohammad al-Sabah menandatangani perjanjian itu di Kuwait, menurut agensi berita KUNA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >