Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Feb 20, 2022 | 05:30 AM



Lebih 100 kenderaan tutup sebahagian jalan raya di Illinois dek ribut salji



ILLINOIS: Longgokan membabitkan lebih 100 kenderaan menutup sebahagian lebuh raya antara negeri di Illinois, Amerika Syarikat semalam, ketika ribut salji, menurut polis dan video disiarkan di media sosial.



Sebahagian daripada lebuh raya Interstate 39 berhampiran El Paso, Illinois, ditutup selepas beberapa kemalangan bermula pada 3.13 petang, tetapi pihak berkuasa tidak melaporkan sebarang kecederaan, menurut laporan, ABC 7, di Chicago.



Lebuh raya itu akan ditutup selama 12 jam antara bandar Normal dan Minonk, kata Polis Negeri Illinois dalam satu kenyataan di Twitter.



Pemandu trak pikap, Encik David Trousers, terbabas dari jalan ketika mengharungi timbunan itu, menyebabkan beg udara kenderaannya terbuka, menurut video Troesser yang diambil menggunakan telefon bimbit selepas nahas itu.



Video itu menunjukkan banyak kereta, trak dan treler traktor terdampar di atas jalan dengan beberapa daripadanya mengalami kebocoran.



Sebuah treler traktor hilang muatannya, manakala bahagian enjin berselerak di atas jalan dilitupi salji. - Reuters.




AS tangguh semak vaksin Covid-19 bagi bawah 5 tahun



WASHINGTON: Pengawal selia kesihatan Amerika Syarikat menangguhkan semakan vaksin Covid-19 Pfizer untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun berikutan rejimen dua dosnya tidak berfungsi dengan baik terhadap varian Omicron, lapor Wall Street Journal, pada Jumaat.



Minggu lalu, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (FDA) berkata ia memerlukan lebih banyak data mengenai vaksin itu, sekali gus menangguhkan keputusan badan itu untuk menggunakan vaksin berkenaan kepada kanak-kanak berumur enam bulan hingga empat tahun selama sekurang-kurangnya dua bulan.



Tinjauan awal pada data menunjukkan vaksin itu berkesan terhadap varian Delta ketika ia adalah strain yang dominan, tetapi beberapa kanak-kanak yang divaksinasi menghidap Covid-19 selepas Omicron muncul, kata laporan itu, memetik sumber FDA.



Bagaimanapun, memandangkan keseluruhan kes Covid-19 adalah rendah, bilangan kes Omicron yang kecil menjadikan vaksin itu kelihatan kurang berkesan dalam analisis statistik awal, tambah laporan itu. - Reuters.




Kebakaran di feri Greece, 278 selamat, 12 masih hilang



ATHENS: Dua belas penumpang feri masih hilang, manakala dua lagi terperangkap selepas feri terbakar semalaman di Laut Ionia, kata pegawai Greece, ketika kumpulan kru kecemasan bertungkus lumus memadamkan kebakaran dan mencari mangsa yang terselamat sebelum hari semakin gelap.



Menurut pengawal pantai Greece, kumpulan penyelam turut dikerah bagi memperluaskan pencarian mangsa yang hilang selepas 278 orang diselamatkan dan dibawa ke Pulau Corfu berikutan kebakaran di Euroferry Olympia dalam perjalanan dari Greece ke Italy.



Api masih marak pada petang Jumaat, beberapa jam selepas kebakaran itu berlaku di Pulau Ereikousa antara Greece dengan Albania.



Pihak berkuasa berkata, punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti.



Menurut stesen televisyen kerajaan, ERT, 10 mangsa yang diselamatkan dibawa ke hospital dan mereka mengalami kesukaran bernafas dan hanya cedera ringan.



Bagaimanapun, masih ada beberapa orang mangsa yang tidak dapat dikesan dengan sembilan daripadanya dari Bulgaria.



"Operasi untuk mengesan 12 penumpang yang hilang sedang dijalankan," kata pengawal pantai Greece dalam satu kenyataan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >