Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

PM Imran Khan diguling pembangkang Pakistan

Apr 11, 2022 | 05:30 AM



ISLAMABAD (PAKISTAN): Pembangkang Pakistan menggulingkan perdana menteri negara itu dalam undi tidak percaya selepas beberapa sekutu Perdana Menteri Imran Khan dan parti gabungan utama meninggalkannya.



Gabungan pembangkang yang merangkumi spektrum politik dari haluan kiri dan radikal agama akan membentuk kerajaan baru, dengan ketua salah satu parti terbesar, Liga Muslim Pakistan mengambil alih sebagai perdana menteri.



Encik Imran yang tidak hadir pada persidangan itu hilang majoriti di 342 kerusi susulan tindakan membelot rakan pakatan dan ahli partinya sendiri.



Pembangkang hanya memerlukan 172 undi untuk memecat beliau. - Agensi berita.




Shanghai jalankan saringan Covid-19 berskala besar



SHANGHAI (CHINA): Shanghai melaksanakan satu lagi saringan Covid-19 secara besar-besaran semalam, dengan kali ini penduduk perlu menjalani ujian pemeriksaan saringan Covid-19 itu sekurang-kurangnya dua kali sehari.



Ia adalah saringan hari keempat berturut-turut di seluruh bandar itu yang merekodkan 23,600 kes jangkitan tempatan baru.



Walaupun jumlah kes masih kecil berbanding piawaian global, Shanghai menjadi lokasi ujian bagi strategi mengekang penularan wabak Covid-19 menerusi saringan, pengesanan dan kuarantin bagi semua kes positif.



Beijing mengambil alih pengurusan kawalan penularan Covid-19 di Shanghai selepas kegagalan usaha awal bandar itu menerusi perintah berkurung secara berperingkat dan menegaskan China kekal dengan dasar sifar toleransi bagi mengelak kelumpuhan sistem perubatan di negara itu.



Bagaimanapun, sekatan itu menyebabkan kekurangan bekalan makanan dan barangan keperluan lain secara mendadak di bandar yang memiliki 26 juta penduduk itu selepas pasar raya ditutup dan ribuan perkhidmatan penghantar terhenti serta akses perubatan turut membimbangkan.



Penduduk Shanghai diarah melaksanakan saringan antigen kendiri semalam, kadang kala sebanyak dua kali, selain perlu beratur di premis masing-masing untuk menjalani ujian Rantaian Polimerase (PCR). - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >