Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Apr 24, 2022 | 05:30 AM



Covid-19 punca ketiga paling utama maut di AS



WASHINGTON: Covid-19 penyebab ketiga paling utama kematian di Amerika Syarikat pada 2021, tahun kedua berturut-turut, selepas penyakit jantung dan barah, dengan kadar kematian meningkat dalam kebanyakan kumpulan umur.



Menurut satu kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika, Covid-19 adalah punca asas atau penyumbang kepada 460,513 kematian di negara itu tahun lalu, peningkatan hampir 20 peratus berbanding 2020.



Kumpulan penyelidik menganalisis data sijil kematian bagi kematian yang berlaku dalam kalangan penduduk di Amerika pada Januari hingga Disember tahun lalu.



Mereka mendapati 2021 menyaksikan kadar kematian keseluruhan tertinggi sejak 2003, dengan penyakit jantung dan barah masing-masing menjadi penyebab pertama dan kedua paling utama kematian. - Reuters.



Masjid Nabi guna bahasa isyarat bagi OKU



RIYADH: Direktorat Umum Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU) Masjid Nabawi di Madinah meneruskan usaha memberi khidmat kepada golongan cacat pendengaran di kawasan masjid itu dalam Ramadan.



Arab News melaporkan sebuah bilik khas yang boleh memuatkan kira-kira 100 orang disediakan di masjid itu untuk memberi perkhidmatan kepada golongan OKU.



Kakitangan yang terlatih dalam bahasa isyarat akan mentafsir khutbah Jumaat dan ceramah kepada jemaah yang mengalami cacat pendengaran.



Seorang penterjemah bahasa isyarat di Masjid Nabawi, Dr. Khalid Sulaiman Al-Thukair, berkata Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci orang pertama menterjemah khutbah Jumaat kepada sekumpulan orang pekak di bilik khusus yang ditempatkan di bumbung Masjid Nabawi. - Agensi berita.



G20 tak boleh berfungsi jika Russia kekal ahli



WASHINGTON: Kumpulan 20 ekonomi utama dunia (G20) tidak boleh berfungsi dengan berkesan selagi Russia kekal sebagai anggotanya, kata Menteri Kewangan Canada, Cik Chrystia Freeland.



Kenyataan itu dibuat beliau selepas bantahan selama seminggu terhadap perang Moscow di Ukraine pada mesyuarat Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia di Washington.



Perselisihan mengenai kehadiran Russia pada mesyuarat itu ditunjukkan sepanjang minggu, dengan pegawai dari Amerika Syarikat, Canada, Britain dan negara Barat lain meninggalkan mesyuarat tiga hari berturut-turut setiap kali pegawai Russia bercakap.



Menteri Kewangan G20 dan gabenor bank pusat yang bertemu di Washington Rabu lalu gagal mencapai persetujuan yang biasa dimeterai, yang menggariskan matlamat dasar ekonomi, apabila Russia menyekat kenyataan mengutuk pencerobohannya ke atas Ukraine.



Jawatankuasa pemandu IMF dan Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia-IMF juga gagal mengeluarkan kenyataan bersama. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >