Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Dunia0

Sekilas

Nov 21, 2020 | 05:30 AM

Perintah berkurung di Australia Selatan dipendekkan

ADELAIDE: Australia Selatan memendekkan tempoh enam hari perintah berkurung di negeri itu kepada empat hari.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri itu mengesan dua lelaki yang juga cef di kedai piza, punca penyebaran Covid-19.

Ketua Menteri, Encik Steven Marshall, berkata perintah berkurung di negeri yang dihuni lebih dua juta penduduk itu ditamatkan hari ini selepas mengesan punca sebenar penularan.

Katanya, seorang lelaki yang disyaki dijangkiti virus itu melalui kotak makanan yang dibawa pulang pada awalnya mendakwa beliau adalah pelanggan di kedai piza berkenaan tetapi sebenarnya bekerja di kedai berkenaan. - AFP.


AS lanjut sekatan sempadan dengan Canada, Mexico

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengumumkan bahawa sekatan pintu sempadannya dengan dua negara jiran, Canada dan Mexico, akan dilanjutkan hingga 21 Disember ini.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Encik Chad Wolf, berkata keputusan itu dibuat bagi membendung penularan Covid-19.

"Dalam meneruskan usaha menangani penularan Covid-19, Amerika, Mexico dan Canada akan melanjutkan sekatan membabitkan perjalanan 'tidak penting' sehingga 21 Disember.

"Kami akan bekerjasama erat dengan Mexico dan Canada untuk membenarkan perjalanan dan perdagangan penting saja bagi melindungi rakyat kami daripada virus," katanya melalui ciapan di Twitter. - AFP.


Menlu China dijadual kunjungi Tokyo minggu depan

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga, bakal menyambut kedatangan pemimpin peringkat tinggi pertamanya dari China minggu depan.

Menteri Luar China, Encik Wang Yi, dijadual tiba di Tokyo dalam perjalanan beliau yang juga termasuk lawatan rasmi ke Korea Selatan.

Menteri Luar Jepun, Encik Toshimitsu Motegi, berkata beliau dijadual menemui Encik Wang pada satu perbincangan dalam program lawatan dua hari Encik Wang ke negara itu bermula Selasa depan termasuk rancangan kunjungan hormat menemui Encik Suga.

Selepas Jepun, Encik Wang akan ke Seoul, menurut Korea Economic Daily, dan dijadual mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian