Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



Britain umum langkah pendekkan tempoh kuarantin jelang Krismas



LONDON: Setiausaha Pengangkutan Britain semalam mengumumkan perintah kuarantin menyeluruh yang akan berakhir sebelum masa perayaan Krismas agar keluarga dapat melakukan perjalanan ke negara berisiko tinggi dalam 'senarai merah' bagi mengunjungi sanak saudara, lapor akhbar The Telegraph.



Perintah sekatan akan dikurangkan daripada 14 hari kepada lima hari sahaja sekiranya hasil ujian mereka yang bercuti didapati negatif lima hari selepas pulang ke tanahair, lapor The Telegraph kelmarin.



Peraturan yang diperkenalkan akan diubah kepada tempoh pelaksanaan lima hari sahaja pada 15 atau 16 Disember, dengan mereka dibebaskan daripada perintah kuarantin sebaik menerima keputusan ujian, menurut akhbar itu. - Agensi berita.




Pencetus kempen Cabaran Sebaldi Ais bagi tangani penyakit ALS meninggal



NEW YORK: Patrick Quinn, yang berusaha secara peribadi melawan penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis’ (ALS), sejenis penyakit motor neuron (MND), sehingga tercetus kempen mengumpul derma Cabaran Sebaldi Ais, meninggal dunia kelmarin pada usia 37 tahun – tujuh tahun selepas disahkan menghidap penyakit itu, menurut kenyataan penyokongnya di Facebook.



Quinn, yang lahir dan dibesarkan di Yonkers, New York, merupakan pengasas bersama kempen mengumpulkan lebih AS$220 juta (S$300 juta) bagi penyelidikan perubatan untuk penyakit ALS, yang lebih dikenali sebagai Penyakit Lou Gehrig, menurut kenyataan di Facebooknya.



Beliau disahkan menghidapi ALS pada 8 Mac 2013, menurut laporan Facebook itu. – Reuters.




Kes jangkitan terus meningkat, Jerman dijangka lanjut perintah sekatan



BERLIN: Jerman dijangka melanjutkan langkah pembendungan pandemik Covid-19 sehingga 20 Disember, menurut ahli politik kanan dan satu saranan yang dibentangkan yang didapatkan agensi berita Reuters kelmarin.



Jerman mengenakan perintah sekatan selama sebulan mulai 2 Nov untuk membendung gelombang kedua penularan virus yang melanda Eropah tetapi jumlah jangkitan tidak reda.



“Semuanya menunjukkan langkah sekatan sekarang mesti dilanjutkan melepasi 30 Nov,” menurut Menteri Kewangan, Encik Olaf Scholz, kepada akhbar Bild am Sonntag (BamS).



Pada masa ini, bar dan restoran ditutup, tetapi sekolah dan kedai terus dibuka. Peraturan berkumpul tidak melebihi 10 orang dari dua isi rumah akan dikurangkan kepada lima orang sahaja. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >