Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 25, 2020 | 05:30 AM



Mahu saman Muslim Pro dek dakwaan kongsi data



PARIS: Penduduk Perancis yang menggunakan aplikasi Muslim Pro, yang didakwa menjual datanya kepada tentera Amerika Syarikat, akan menyaman syarikat itu, kata peguam mereka kelmarin.



Bekas pelanggan aplikasi Muslim Pro, yang mengaku memiliki 95 juta pengguna di seluruh dunia, membuat aduan tersebut setelah laporan media mendakwa syarikat aplikasi itu berkongsi data dengan syarikat yang ada kaitan dengan tentera Amerika.



Tuntutan saman itu, yang didedahkan radio RTL Perancis, mendakwa syarikat itu melakukan kesalahan berkaitan perlindungan data, penyalahgunaan kepercayaan, membahayakan nyawa orang lain dan konspirasi melakukan pembunuhan.



Ini menyusuli satu laporan oleh kumpulan media Vice minggu lalu tentang tentera Amerika membeli data geolokasi pengguna daripada serangkaian aplikasi di seluruh dunia, termasuk aplikasi Muslim Pro. - AFP.




Britain timbang keluarkan hakim dari mahkamah HK



LONDON: Britain sedang menimbangkan mengeluarkan hakimnya daripada mahkamah tertinggi Hong Kong, kata Setiausaha Luar Negeri Dominic Raab kelmarin, sebagai respons terbarunya terhadap apa yang dianggapnya tindakan China melanggar kewajipan antarabangsanya di wilayah itu.



Britain, yang memerintah Hong Kong lebih 150 tahun sebelum menyerahkannya kembali kepada China pada 1997, mengatakan undang-undang keselamatan baru yang dikenakan di wilayah itu oleh Beijing pada 30 Jun adalah satu pelanggaran Deklarasi Bersama China-Britain 1984, yang membuka jalan bagi penyerahan semula wilayah itu.



London juga membantah peraturan baru China membatalkan penggubal undang-undang yang dipilih di Hong Kong, dan apa yang digambarkannya sebagai respons pihak eksekutif wilayah itu terhadap penentangan politik serta mahu membungkam perbezaan pendapat. - Reuters.




Hong Kong mahu tutup lebih banyak premis dek Covid-19



HONG KONG: Pemerintah Hong Kong akan memaksa penutupan lebih banyak premis sedang ia memerintahkan ujian wajib terhadap mereka yang pada bulan ini mengunjungi tujuh lagi studio tarian, sedang pemerintah berusaha pantas mahu mengawal pandemik Covid-19, yang awalnya ada kaitan dengan 14 studio.



Bercakap menjelang mesyuarat dewan eksekutifnya, Ketua Eksekutif Carrie Lam semalam berkata kelompok baru pandemik itu agak membimbangkan dan pemerintah akan bergerak pantas untuk menutup premis tertentu.



Perincian dijadual diumumkan lewat semalam. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >