Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Sekilas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Sekilas

Dec 05, 2020 | 05:30 AM

Israel nasihat warga di luar negara berjaga-jaga

BAITULMAKDIS: Israel memberi amaran kelmarin mengenai ancaman yang meningkat terhadap warganya di luar negara berikutan gesaan Iran untuk membalas dendam pembunuhan saintis nuklearnya minggu lalu.

Iran telah menyalahkan agensi perisik Israel Mossad bagi kematian Mohsen Fakhrizadeh, yang terbunuh dalam serangan bom dan senjata di sebuah jalan raya utama di luar Teheran Jumaat lalu.

"Memandangkan ancaman baru-baru ini daripada elemen Iran... kami bimbang Iran boleh menyerang sasaran Israel," kata kementerian luar Israel.

Ia memberi amaran tentang kemungkinan serangan terhadap warganya di Afrika dan di negara yang dekat dengan Iran, antaranya termasuk Georgia, Azerbaijan, Turkey, wilayah Kurdi Iraq, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

Majlis Keselamatan Nasional, merujuk kepada serangan yang telah dilakukan di Perancis, Jerman dan Austria, berkata bahawa kumpulan pengganas global, terutama kumpulan militan IS, "menunjukkan motivasi tinggi untuk melakukan serangan pengganas". - AFP.


Saudi, Qatar hampir capai kata sepakat

DUBAI: Arab Saudi dan Qatar semakin mencapai kesepakatan untuk mengakhiri keretakan hubungan yang berlarutan selama lebih tiga tahun, menurut sumber yang dekat kepada rundingan itu.

Perjanjian sementara itu tidak melibatkan tiga negara Arab lain yang juga memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Qatar pada Jun 2017 – Amiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir.

Seorang lagi sumber berkata kata sepakat yang lebih luas masih jauh lagi, kerana isu dasar seperti hubungan Doha dengan Iran, masih belum dapat diselesaikan.

Perkembangan terbaru itu menyusuli usaha diplomasi intensif berbulan-bulan dengan Kuwait sebagai orang tengah, yang mencapai hasil dengan dorongan daripada menantu Presiden Donald Trump dan utusan khas ke Timur Tengah, Encik Jared Kushner, yang mengunjungi Teluk minggu ini.

Pemulihan hubungan diplomatik itu itu kemungkinan merangkumi pembukaan semula ruang udara dan sempadan darat, penghentian perang maklumat yang dilancarkan Qatar dan Arab Saudi dan langkah-langkah lain untuk membina keyakinan kembali. – Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3