Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Dec 8, 2020 | 5:30 AM
0ea23d47-0588-4e56-9089-f4437bb86b8f
-

Lebih 60,000 koala terdedah pada ancaman kebakaran hutan di Australia

SYDNEY: Lebih 60,000 koala adalah antara haiwan yang terdedah pada ancaman kebakaran semak di Australia, berdasarkan satu laporan dikeluarkan semalam.

Laporan itu dikeluarkan Tabung Alam Sedunia Australia (WWF-Australia), kumpulan pencinta alam sekitar yang menilai kerosakan habitat di seluruh negara itu akibat kebakaran.

Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Australia, Dermot O'Gorman, berkata laporan itu menunjukkan kebakaran adalah antara pemusnah utama hidupan liar dalam sejarah moden.

Beliau berkata jumlah haiwan yang terjejas dianggarkan hampir tiga bilion termasuk gajah, unggas dan serangga.

Kebakaran belukar di Australia pada 2019-2020 yang turut dikenali sebagai 'black summer' adalah waktu kebakaran luar biasa di kebanyakan tempat di negara itu. - Agensi berita.

Covid-19: Ekon lebih rancak selepas rentas negeri dibenar di beberapa kawasan di M'sia

KUALA LUMPUR: Kebenaran merentas negeri dan daerah dan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa kawasan dijangka merangsang aktiviti ekonomi dan perniagaan dalam skala yang lebih meluas, menurut penganalisis.

Mereka berkata langkah kawalan pergerakan yang bersasar akan menyokong aktiviti ekonomi domestik, sekali gus meletakkan landasan yang utuh untuk pemulihan ekonomi yang terkesan oleh pandemik Covid- 19.

Ketua Unit Penyelidikan Risiko Ekonomi dan Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata langkah terbaru diumumkan kerajaan akan merangsang aktiviti perniagaan secara langsung dan dalam skala yang lebih luas kepada keseluruhan ekosistem perniagaan domestik. - BHM

Temui bom perang dunia kedua: 13,000 penduduk dipindahkan di Frankfurt

BERLIN: Hampir 13,000 penduduk dipindahkan di Frankfurt kelmarin ketika pakar mematikan bom Perang Dunia II yang tidak meletup, kata perkhidmatan kecemasan tempatan.

Bom Britain seberat 500 kilogram (kg) itu ditemui di sebuah tapak binaan di ibu negara Jerman yang juga pusat kewangan negara itu pada Khamis lalu, kata perkhidmatan kecemasan.

Lingkungan pemindahan 700 meter didirikan di sebelah barat pusat bandar, di kawasan yang merangkumi sejumlah rumah orang tua, infrastruktur pemanasan dan Internet serta kemudahan pengendali kereta api nasional, Deutsche Bahn. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg