Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Dec 20, 2020 | 05:30 AM



Vaksin kedua sudah dapat kelulusan di AS



NEW YORK: Vaksin koronavirus yang dihasilkan syarikat Moderna Inc telah menerima kelulusan penggunaan kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat.



Vaksin pertama yang diluluskan dari Pfizer dan BioNTech, telah mula digunakan oleh para pekerja penjagaan kesihatan di Amerika Syarikat.



Lebih 307,000 penduduk di Amerika telah meninggal dunia di Amerika Syarikat dan vaksin Moderna akan mula `digunakan awal minggu depan.



Selain kakitangan pekerja penjagaan kesihatan, ia akan juga digunakan dahulu oleh warga emas yang tinggal di kemudahan penjagaan jangka panjang. - Reuters



Kes tipu dan pengubahan wang haram lebih $4juta: Lebih 330 orang disiasat



LEBIH 330 orang disiasat kerana penglibatan mereka dalam satu penipuan besar-besaran yang menyebabkan mangsa kerugian lebih $4 juta, menurut kenyataan polis semalam.



Ini menyusuli satu operatasi selama dua minggu yang berakhir 19 Disember lalu oleh Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen polis.



Seramai 221 lelaki dan 115 wanita berusia antara 15 dengan 76 tahun, disyaki terlibat dalam 641 penipuan yang termasuk 'cinta' Internet, e-dagangan, penipuan pelaburan dan pinjaman.



Polis menyiasat mereka kerana kesalahan menipu dan pengubahan wang haram.



Jika didapati bersalah di bawah seksyen 420 Kod Penal, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda. Individu yang didapati bersalah akibat kesalahan pengubahan wang haram boleh dipenjara tidak kurang dari 10 tahun dan didenda sehingga $500,000.



Australia perketat pergerakan dek penularan baru



SYDNEY: Beberapa bahagian kawasan di Sydney menjalani kawalan pergerakan baru setelah bandar di Australia itu menghadapi penularan Covid-19 yang baru.



Sedang jumlah kes baru telah mencapai kepada 38, para penduduk diarah jangan keluar rumah hingga Rabu depan kecuali mereka mempunyai sebab-sebab penting.



"Kami berharap ia akan memberikan kami masa yang mencukupi untuk mengekang virus itu agar kami dapat longgarkan sekatan pada Hari Natal dan Tahun Baru,'' kata pemimpin New South Wales, Cik Gladys Berejiklian.



Beliau merayu kepada penduduknya supaya jangan keluar rumah untuk beberapa hari mendatang. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >