Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



Taiwan kerah tentera laut, udara ke Selat Taiwan hadapi tentera China



TAIPEI: Pasukan tentera laut dan udara Taiwan digerakkan ke Selat Taiwan kelmarin apabila kapal pengangkut China, Shandong, dikesan belayar di kawasan sensitif selat itu, sehari selepas kapal perang Amerika Syarikat melalui kawasan yang sama.



Walaupun ini bukan kali pertama kapal pengangkut China belayar berhampiran Taiwan, tetapi kali ini ia berlaku ketika ketegangan antara Taipei dan Beijing semakin memuncak.



Taiwan sering kali mengecam aktiviti ketenteraan dilakukan China, termasuk lintas terbang jet pejuang republik itu, manakala menurut China, latihan seumpama itu penting bagi mengawal kedaulatan negara. - Agensi berita.




Jepun tingkat perbelanjaan ketenteraan buat kali ke-9



TOKYO: Kerajaan Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga, meluluskan kenaikan perbelanjaan ketenteraan, buat kali kesembilan berturut-turut, bagi menampung biaya pesawat pejuang dan peluru berpandu antikapal yang bakal digunakan bagi menangkis kuasa China.



Kementerian Pertahanan bakal menerima peruntukan sebanyak 5.34 trilion yen atau AS$51.7 bilion ($69.02 bilion) setahun bermula April, iaitu kenaikan sebanyak 1.1 peratus berbanding tahun ini.



Dengan majoriti besar milik Yoshihide di Parlimen, enakmen belanjawan itu sudah pasti terlaksana. - Agensi berita.




Eksport mi segera Korea Selatan lonjak dek Covid-19



SEOUL: Eksport mi segera Korea Selatan melonjak lebih 28 peratus dalam 11 bulan pertama tahun ini di tengah-tengah pandemik Covid-19, menurut data pada Isnin.



Penghantaran mi segera ke luar negara, atau "ramyeon" dalam bahasa Korea, mencecah AS$549.72 juta ($736 juta) pada Januari-November, meningkat 28.4 peratus dari tahun sebelumnya, menurut data Perkhidmatan Kastam Korea dan pemain industri.



Ia jauh melebihi jumlah eksport tahun lalu sebanyak AS$467 juta, lapor Agensi Berita Yonhap. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >