Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



Tiga pegawai polis Perancis ditembak mati dekat bandar Lyon



PARIS: Tiga pegawai polis Perancis ditembak mati dan seorang lagi pegawai cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah rumah di kampung terpencil di kawasan tengah Perancis.



Polis berada di rumah itu untuk memberi respons kepada panggilan berkenaan keganasan rumah tangga, kata polis semalam.



Mayor bandar Saint-Just yang berdekatan berkata bahawa unit reaksi pantas polis berada di tempat kejadian berikutan penembakan di kampung itu, menurut stesen televisyen CNews.



Mayor Francois Chautard berkata anggota polis telah dipanggil untuk mengatasi kes keganasan rumah tangga di sebuah kampung yang terletak sekitar 180 kilometer dari barat kota Lyon. - Reuters.




Kanak-kanak YouTube raih pendapatan $39.3j tahun ini



TEXAS: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dari Texas, Amerika Syarikat (AS), Ryan Kaji, disenaraikan YouTube sebagai penerima bayaran tertinggi sepanjang tahun ini dengan pendapatan AS$29.5 juta ($39.3 juta).



Pendapatan itu dijana menerusi saluran Youtube 'Ryan's World' yang terkenal dengan video membuka kotak hadiah permainan. Saluran itu mempunyai kira-kira 41.7 juta peminat.



Senarai Forbes 2020, dalam satu kenyataan, berkata: "Kini, Kaji juga mempunyai pelbagai barisan barangan berjenama sendiri seperti mainan, ubat gigi, beg sekolah dan sebagainya, yang dijual menerusi Amazon, Target dan Walmart.



"Jualan barangan berkenaan mencecah AS$200 juta ($267 juta) tahun lalu selain penerbitan program bersiri Nickelodeon, Ryan's Mystery Playdate". - Agensi berita.




'Berambuslah', kata China sedang Jerman tinggalkan Majlis Keselamatan PBB



NEW YORK: Seorang utusan Jerman ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB dijadual terakhirnya, meminta China untuk membebaskan dua warga Canada yang ditahan.



Memberi respons, seorang timbalan utusan China ke PBB menjawab: "Dari lubuk hati saya: Good riddance (Berambuslah).



Jerman menamatkan penggal dua tahunnya dalam majlis 15 anggota itu pada akhir bulan ini, dan Duta Besar Christoph Heusgen merancang untuk bersara setelah lebih 40 tahun sebagai diplomat.



"Izinkan saya mengakhiri tugas saya di Majlis Keselamatan dengan meminta rakan-rakan saya dari China untuk meminta Beijing membebaskan Michael Kovrig dan Michael Spavor," kata Encik Heusgen dalam satu sesi majlis itu.



Timbalan duta China ke PBB, Encik Geng Shuang menuduh Encik Heusgen menggunakan majlis itu untuk menyerang anggota lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >