Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



Agensi kesihatan awam Amerika pantau alahan vaksin Covid-19



WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), kelmarin berkata pihaknya sedang memantau dengan berhati-hati reaksi alahan terhadap vaksin koronavirus daripada Pfizer dan Moderna dan menggesa individu yang mempunyai reaksi serius untuk tidak mendapatkan dos kedua.



Dalam satu panggilan persidangan dengan wartawan, agensi kesihatan awam Amerika itu berkata reaksi alergi berlaku pada kadar 11.1 bagi setiap satu juta vaksinasi.



Jika dibandingkan dengan vaksin selesema, kadarnya pula adalah 1.3 bagi setiap satu juta vaksinasi.



Reaksi yang teruk masih "sangat jarang berlaku," kata mereka, menekankan perlunya orang ramai mendapatkan vaksin apabila tersedia, memandangkan ancaman kematian dan penyakit serius daripada Covid-19 yang telah meragut lebih 357,000 nyawa di Amerika Syarikat sahaja. - Reuters




Pendaftar tolak permohonan Mahathir daftar parti politik



PETALING JAYA: Pendaftar Pertubuhan (RoS) menolak permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk didaftarkan sebagai parti politik.



Peguam Pejuang Mior Nor Haidir Suhaimi mengesahkan bahawa RoS telah mengirim surat kepada mereka kelmarin mengenai keputusannya.



"Mereka telah menolak permohonan rasmi kami," katanya kepada akhbar The Star.



Pada Disember lalu, Pejuang telah mengajukan permohonan semakan kehakiman untuk memaksa RoS memutuskan status pendaftarannya. - The Star




Pagi paling dingin di Beijing sejak lima dekad



BEIJING: Suhu merosot kepada -19.6 darjah Celsius di stesen kaji cuaca di selatan Beijing pagi semalam sedang cuaca amat sejuk melanda bandar ini, merakam pagi yang paling dingin di ibu kota China itu sejak 1966.



Stesen Nanjiao, yang terletak di Daerah Daxing Beijing, ialah stesen meteorologi peringkat kebangsaan yang didirikan pada 1912.



Datanya telah digunakan oleh pakar untuk membuat perbandingan sejarah.



Pada awal pagi semalam, separuh daripada 20 stesen meteorologi peringkat kebangsaan Beijing mencatatkan suhu awal Januari yang terendah, menurut Stesen Meteorologi Perbandaran Beijing.



Gelombang sejuk telah melanda Beijing sejak hari Rabu, membawa suhu yang menjunam serta angin yang kencang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >