Sekilas, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Sekilas

Jan 09, 2021 | 05:30 AM

Australia wajibkan pelancong antarabangsa diuji Covid-19

SYDNEY: Australia akan memerlukan semua pelancong antarabangsa untuk diuji negatif bagi Covid-19 sebelum menaiki penerbangan ke negara itu, kata Perdana Menteri Scott Morrison semalam, sedang ia memperketat peraturan pelancongan untuk menghentikan penularan varian Covid-19 United Kingdom (UK).

Australia juga akan mengurangkan sebanyak separuh had ke atas ketibaan antarabangsa bagi beberapa negeri sehingga 15 Februari, kata Encik Morrison. - REUTERS


Perintah berkurung 3 hari di Brisbane

BRISBANE: Bandar Australia Brisbane telah mengarahkan perintah berkurung tiga hari secara mendadak setelah seorang pekerja di sebuah hotel kuarantin dijangkiti varian Covid-19 UK yang sangat mudah berjangkit.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Mulai petang semalam, lebih daripada dua juta penduduk di kawasan Greater Brisbane akan perlu duduk di rumah, kata pihak berkuasa. - AFP


PM Jepun isytihar darurat bagi Tokyo, 3 daerah

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga mengisytiharkan keadaan darurat bagi Tokyo dan tiga daerah kejiranan kelmarin, di tengah-tengah peningkatan dalam jumlah kes.

Perintah itu berkuatkuasa pada tengah malam di Tokyo, Kanagawa, Chiba dan Saitama - tempat tinggal 36.8 juta orang di salah satu kawasan metropolitan paling sibuk di dunia - dan akan berkuatkuasa sehingga 7 Februari, lapor akhbar The Straits Times.


Jumlah kes Covid-19 harian di M'sia cecah 3,000

PETALING JAYA: Sedang jumlah kes Covid-19 harian dalam negara melebihi 3,000 buat pertama kalinya, Pengarah Agung Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memberi amaran bahawa jumlah kes boleh mencecah 8,000 dalam sehari pada Mac sekiranya kadar jangkitan - dikenali sebagai R-naught (R0) - kekal pada 1.2.

Jumlah kes sebanyak 3,027 kelmarin, yang tertinggi sejak pandemik bermula, melebihi rekod tertinggi 2,593 kes pada hari sebelumnya. - The Star


WHO: Negara miskin dijangka terima vaksin beberapa minggu lagi

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan negara miskin di dunia akan menerima dos pertama vaksin Covid-19 antara hujung bulan ini hingga pertengahan Februari.

Pengarah Jabatan Imunisasi WHO, Kate O'Brien, berkata melalui usaha perolehan dan pengedaran vaksin melalui perikatan global, Covax, untuk mendapatkan dua bilion dos.

Beliau menambah kumpulan pertama akan mula diedarkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Covax, sebuah inisiatif antarabangsa dipimpin WHO, mensasarkan supaya 20 peratus penduduk di setiap negara disuntik dengan vaksin menjelang hujung tahun ini dengan dana diberikan kepada 92 negara ekonomi berpendapatan rendah dan sederhana yang menyertai skim ini. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map