Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



Twitter gantung akaun Trump secara kekal



SAN FRANCISCO: Twitter menggantung akaun Donald Trump secara kekal, atas alasan risiko berlaku keganasan lebih lanjut susulan insiden penyokong beliau merusuh di Capitol Amerika Syarikat (AS).



"Selepas meneliti ciapan kebelakangan ini daripada akaun @realDonaldTrump, kami telah menggantung akaun itu secara kekal berikutan risiko hasutan keganasan lebih lanjut," umum Twitter melalui hantaran dalam blog, semalam.



Sebelum ini, Twitter menyekat Trump selama 12 jam selepas kejadian rusuhan yang mengakibatkan kematian di Capitol AS, Rabu lalu, sekali gus memberikan amaran tindakan penggantungan kekal akan diambil jika beliau terus melanggar peraturan ditetapkan.



Trump kembali menggunakan saluran media sosial itu, kelmarin, dengan satu hantaran pesanan video yang dilihat sebagai usaha meredakan keadaan tegang selepas kekacauan dilakukan oleh penyokongnya. - AFP.




Brisbane dikena perintah berkurung tiga hari



BRISBANE: Brisbane dikenakan perintah berkurung selama tiga hari mulai petang ini, selepas pekerja di sebuah hotel yang dijadikan tempat kuarantin dijangkiti varian baharu Covid-19 Britain.



Pihak berkuasa bandar raya Australia itu berkata, sejak pagi semalam, lebih dua juta penduduk di bandar berkenaan diarahkan mematuhi larangan kawalan pergerakan dan kekal di rumah sehingga hari ini.



Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk, berkata kerajaan perlu mengambil tindakan pantas bagi mengelakkan sebarang risiko.



"Jika kita mahu menghentikan penularan jangkitan virus varian baharu dari UK ini kita harus bertindak pantas," katanya kepada media, di sini.



Varian itu yang mula mencetuskan kebimbangan di Britain bulan lalu, dilaporkan mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi berbanding strain Covid-19 yang sebelum ini dikesan di Australia.



Kes terbabit dipercayai menular dalam kalangan pelancong yang dikuarantin di hotel di bandar ketiga terbesar di Australia itu sebelum menjangkiti tukang cuci yang bekerja di situ.



Perintah berkurung itu dilihat mengembalikan semula sekatan sejak Mac, di mana penduduk diarahkan untuk kekal di rumah, namun bagi mereka yang perlu keluar dengan alasan penting, perlu memakai pelitup muka.



Negeri Queensland tidak merekodkan kes baharu membabitkan penularan dalam kalangan komuniti hari ini namun Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyambut baik penguatkuasaan itu dengan menegaskan keperluan tindakan awal diambil untuk menghalang ia merebak. - Agensi berita.




China tutup bandar bagi kekang penularan Covid-19



BEIJING: China menutup sebuah bandar besarnya berdekatan Beijing, memutuskan hubungan pengangkutan dan melarang berjuta-juta penduduk keluar.



Pihak berkuasa mengambil tindakan drastik itu untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 yang terbesar di negara itu dalam tempoh enam bulan.



Ia setakat ini berjaya ditangani pihak berkuasa China sejak kemunculannya di Wuhan pada akhir 2019, dengan penularan wabak berskala kecil disekat segera melalui ujian saringan besar-besaran, penutupan kawasan dan sekatan perjalanan.



Semalam, pihak berkuasa mengumumkan, semua kenderaan dan penduduk dilarang meninggalkan bandar itu manakala perkhidmatan kereta api digantung.



Wilayah Hebei melaporkan 33 kes baharu Covid-19 semalam, majoritinya di Shijiazhuang, tambahan kepada 51 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kes harian yang tertinggi direkodkan dalam masa lima bulan.



Kira-kira 100 kes baharu Covid-19 dikesan minggu lalu di Shijiazhuang, sebuah bandar dengan beberapa juta penduduk di wilayah Hebei, yang mempunyai 11 juta penduduk. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >