Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jan 12, 2021 | 05:30 AM



Tiga ahli politik M'sia disahkan positif Covid-19



KUALA LUMPUR: Tiga ahli politik Malaysia disahkan positif Covid-19 sejauh ini. Terbaru ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Kelantan, Encik Mohd Syahbuddin Hashim, semalam.



Kelmarin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, juga disahkan dijangkiti virus berkenaan.



Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, disahkan positif Covid-19. - BHM.




Brisbane tamatkan perintah sekatan susuli tiada kes penularan



BRISBANE: Bandar ketiga terbesar di Australia telah menamatkan perintah duduk di rumah semalam, selepas ujian besar-besaran dan langkah penjejakan merentasi Brisbane tidak menemui sebarang kes baru koronavirus meskipun adanya kebimbangan virus merbahaya itu menular dalam masyarakat.



Lebih 2 juta orang diperintahkan duduk di rumah dalam satu perintah sekatan mengejut pada Jumaat lalu, selepas seorang pekerja pembersihan di sebuah hotel kuarantin dijangkiti varian Covid-19 dari Britain, dari seorang warga yang pulang ke Australia.



Ketua Menteri Queensland, Cik Annastacia Palaszczuk, berkata perintah sekatan akan ditamatkan pada 6 petang waktu tempatan selepas puluhan ribu ujian tidak mengesan berlakunya penularan. - AFP.




Russia sahkan kes pertama varian Covid-19 dari UK



MOSCOW: Moscow kelmarin, mengesahkan kes pertama Covid-19 membabitkan varian baru United Kingdom (UK), walaupun selepas negara itu menggantung penerbangan dari Britain bagi menghentikan penularan di Russia.



Ketua pengawal selia kesihatan Russia Rospotrebnadzor memaklumkan stesen televisyen tempatan bahawa seorang yang baru tiba di negara itu dari UK disahkan dijangkiti varian baru koronavirus itu yang dipercayai lebih mudah dijangkiti.



Ketua pengawasan, Cik Anna Popova, tidak menjelaskan bila individu terbabit disahkan positif Covid-19 atau keadaan lain berkaitan dengan penemuan itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >