Sekilas, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Sekilas

Feb 02, 2021 | 05:30 AM

AstraZeneca tambah penghantaran dos vaksin sebanyak 30% ke EU

BERLIN: AstraZeneca akan menghantar lebih banyak dos vaksin koronavirus kepada Kesatuan Eropah (EU), atau sebanyak 30 peratus lebih tinggi berbanding jumlah yang dijanjikan minggu lepas, kata ketua Suruhanjaya Eropah Cik Ursula von der Leyen kelmarin.

Syarikat itu akan menghantar 9 juta dos tambahan dan "akan memulakan penghantaran seminggu lebih awal dari yang telah dijadualkan", kata Cik Von der Leyen dalam sebuah catatan di laman Twitter beberapa hari selepas ketegangan yang berlaku kerana kelewatan pengeluaran.

Seorang sumber EU mengatakan penghantaran pertama akan dimulakan pada minggu kedua bulan Februari.

AstraZeneca juga akan melanjutkan keupayaan pengeluarannya di Eropah, tambah Cik Von der Leyen. - Agensi berita.

Discover Malay Home Based Businesses

Dubai umum perikatan percepat penghantaran vaksin

DUBAI: Hab pengangkutan utama Dubai mengumumkan kelmarin mengenai inisiatif untuk mempercepatkan penghantaran vaksin-vaksin koronavirus, terutama sekali kepada negara-negara yang sedang membangun, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar negara miskin tidak diabaikan dalam usaha mendapatkan vaksin.

Perikatan Logistik Vaksin, yang merangkumi syarikat penerbangan Emirates yang berpangkalan di Dubai dan syarikat logistik DP World, merancang untuk "mempercepatkan pengedaran vaksin Covid-19 di seluruh dunia dari negara teluk itu".

"Tumpuan pengedaran akan diberikan kepada pasaran yang baru muncul, di mana jumlah penduduk terjejas teruk oleh pandemik ini, dan pengangkutan dan logistik farmaseutikal sangat mencabar," kata perikatan itu.

Amiriah Arab Bersatu telah memberikan vaksin kepada seperempat penduduknya, negara kedua di belakang Israel dalam perlumbaan vaksin sedunia. - AFP.


Jepun pertimbang lanjutkan keadaan darurat

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga dijangka akan memanjangkan tempoh perintah darurat minggu ini untuk kawasan metropolitan di negara itu, yang akan menjejas ekonomi sedang beliau cuba untuk mengekang gelombang virus Covid-19 yang sedang menular, dan memulihkan sokongan awam terhadapnya pada tahun pilihan raya ini.

Keadaan darurat, yang merangkumi 11 kawasan termasuk Tokyo, Osaka dan Nagoya, telah membantu untuk mengekang jumlah kes virus itu dari terus meningkat. Namun, masih banyak yang perlu dilakukan untuk kembali ke tahap pada bulan Disember.

Encik Suga dijangka akan memanjangkan tempoh darurat kira-kira sebulan melebihi tempoh awal yang diberikan, iaitu 7 Februari, dengan rancangan untuk mengeluarkan wilayah Tochigi dari senarai itu sedang keadaan bertambah baik di sana, menurut laporan media tempatan.

Beliau telah menghadapi kritikan yang mengatakan tindakannya untuk menangguhkan kempen perjalanan yang menyumbang kepada penyebaran jangkitan, adalah terlalu lewat. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map