Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Feb 08, 2021 | 05:30 AM



Wilayah Iskandar sokong aturan gelembung perjalanan SG-M'sia



JOHOR BAHRU: Penguasa Pembangunan Wilayah Iskandar (Irda) menyokong sebarang aturan gelembung perjalanan dengan Singapura yang mendorong perniagaan dan perdagangan di koridor ekonomi itu.



Ketua Eksekutif Irda, Datuk Ismail Ibrahim, berkata Malaysia harus terus membenarkan pengunjung dari Singapura datang dan berniaga di sana asalkan mereka mematuhi peraturan kesihatan setempat, lapor The Star.



"Kedua-dua ekonomi kita saling bergantung pada satu sama lain. Saya harus mengakui antara sebab mengapa Iskandar Malaysia berjaya adalah kerana kita dapat melakukan banyak perdagangan dan perniagaan dengan Singapura," katanya.



Beliau berkata Singapura adalah pelabur kedua terbesar di Iskandar selepas China.



"Namun, sedang kami menghormati keputusan mereka (Singapura) menangguhkan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), kami harus berusaha meneruskan gelembung perjalanan dengan mereka yang mendorong perniagaan dan perdagangan," katanya.



Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, berkata Johor akan meminta Kerajaan Persekutuan agar meminta Singapura meneruskan RGL.



Pemerintah Singapura telah mengumumkan yang ia menangguhkan RGL selama tiga bulan mulai kelmarin.




Badan dagang gesa kerajaan izin warga S'pura sudah divaksin masuk M'sia



JOHOR BAHRU: Kumpulan penggalak pelancongan dan perdagangan di Malaysia berharap kerajaan akan memulakan rundingan dengan Singapura untuk membenarkan mereka yang telah diberi vaksinasi di Singapura supaya dibenarkan untuk memasuki Malaysia tanpa perlu menjalani kuarantin.



Presiden Majlis Pemandu Pelancong Malaysia, Encik Jimmy Leong, berkata, adaalah penting untuk kerajaan memulakan perbincangan ini memandangkan ia genting dalam pemulihan ekonomi tempatan.



"Ini penting kerana kedua-dua negara saling bergantungan dan memulakan perbincangan adalah baik dalam pemulihan pantas ekonomi selepas pandemik," katanya.



Beliau menambah, kerajaan harus memulakan perbincangan dengan Singapura tentang cara memantau pergerakan mereka yang telah menjalani vaksinasi di antara kedua-dua negara itu.



"Keputusan tidak perlu dibuat serta merta tetapi haruslah ada semacam perbincangan awal," kata Encik Leong.



Pengerusi bahagian negeri Johor untuk Persatuan Hotel-Hotel Malaysia, Encik Ivan Teo, berkata perbincangan akan memberi harapan kepada pemain industri pelancongan yang kini hampir menyerah kalah selepas menanggung bebanan akibat pandemik ini selama hampir setahun. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >