Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Feb 10, 2021 | 05:30 AM



Dua kapal induk pesawat Amerika berlatih di Laut China Selatan



WASHINGTON: Dua kapal induk pesawat Amerika Syarikat melakukan latihan bersama di Laut China Selatan semalam, beberapa hari selepas kapal perang Amerika berlayar berdekatan kepulauan yang dituntut China.



Theodore Roosevelt Carrier Strike Group dan Nimitz Carrier Strike Group "melakukan beberapa latihan yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehan operasi antara aset serta kemampuan perintah dan kawalan", kata Angkatan Tentera Laut Amerika.



Operasi dua kapal induk itu merupakan yang pertama di perairan yang sibuk itu sejak Julai 2020.



Latihan itu dilakukan beberapa hari selepas China mengecam pelayaran kapal pemusnah, USS John S. McCain, berhampiran Kepulauan Paracel yang dituntut China dalam apa yang disifatkan Amerika sebagai operasi kebebasan navigasi - misi pertama oleh tentera laut Amerika sejak Presiden Joe Biden mengambil alih jawatan.



Amerika telah menentang tuntutan wilayah China yang meluas di rantau ini, dengan menuduhnya melakukan kegiatan tentera di Laut China Selatan. - Reuters.




Pegawai kesihatan serata dunia sokong vaksin AstraZeneca



GENEVA: Pegawai kesihatan di seluruh dunia memberikan sokongan mereka bagi vaksin Covid-19 AstraZeneca, setelah satu kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai kesan rendah terhadap penyakit ringan disebabkan varian virus yang pantas menular di Afrika Selatan.



Potensi bahawa varian virus baru itu boleh mengubah sekali gus menjadikan vaksin tidak berkesan adalah salah satu risiko utama yang boleh menjejas strategi global untuk mengatasi pandemik dengan pelancaran vaksin tahun ini.



Afrika Selatan, awalnya mengumumkan penangguhan pelancaran sejuta dos vaksin AstraZeneca.



Tetapi pihak berkuasa berkata kelmarin vaksin itu masih boleh diberikan secara bertahap, bermula dengan sebanyak 100,000 dos. - Reuters.




Jokowi peruntuk 5,000 dos vaksin untuk pekerja media



JAKARTA: Presiden Indonesia Joko "Jokowi" Widodo berkata pemerintah akan menyiapkan 5,000 dos vaksin Covid-19 untuk pekerja media dan wartawan pada hujung Februari hingga awal Mac ini.



"Apabila 12 juta dos vaksin daripada Bio Farma siap, kami akan memberikan 5,000 dos untuk pekerja media," kata presiden itu dalam acara peringatan Hari Akhbar Nasional 2021 di Istana Negara Jakarta semalam.



Pemerintah, tambahnya, masih memberi tumpuan kepada usaha memberi vaksin kepada pekerja kesihatan, diikuti oleh pegawai khidmat masyarakat, lapor akhbar Tempo. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >