Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Feb 12, 2021 | 05:30 AM



Warga emas boleh diberi Vaksin AstraZeneca-Oxford: WHO



GENEVA: Vaksin AstraZeneca-Oxford Covid-19 boleh digunakan untuk golongan yang berusia lebih 65 tahun, serta di tempat di mana varian baru koronavirus menular, kata pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin.



Kumpulan Pakar Strategi Penasihat untuk Imunisasi (SAGE) itu mengeluarkan cadangan sementara mengenai masa dan cara menggunakan vaksin dua suntikan itu, yang belum mendapat kelulusan penggunaan kecemasan WHO.



Ketua SAGE Alejandro Cravioto akur kekurangan data mengenai keberkesanan vaksin itu bagi warga emas berusia lebih 65 tahun, yang telah mendorong sebilangan negara untuk menahan penggunaannya pada warga emas. Namun, beliau berkata respons kumpulan ini terhadap vaksin itu tidak dijangka berbeza daripada kumpulan lain. - AFP.




Program keluarkan simpanan pekerja M'sia dilonggarkan



PETALING JAYA: Program i-Sinar akan dilonggarkan lagi untuk memberi pilihan kepada lebih ramai anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan wang dari Akaun 1 untuk memenuhi keperluan hidup mereka, menurut laporan The Star semalam.



Sumber akhbar itu berkata kriteria kelayakan pengeluaran bagi penurunan pendapatan 30 peratus agak terhad memandangkan perintah kawalan pergerakan yang sedia ada dan pengaruhnya terhadap ekonomi dan masyarakat umum, kata sumber.



"Kami dapat melonggarkan syarat sedikit lagi," kata seorang sumber, yang berkata syarat baru itu akan segera diumumkan.



Buat masa ini, anggota yang memohon untuk mengeluarkan simpanan melalui program i-Sinar perlu memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada dua kriteria, yang keduanya memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus kemerosotan pendapatan atau gaji sebelum pengeluaran dibenarkan. - Agensi berita.




Warga Britain yang pukul mati polis Bali akan dibebaskan



DENPASAR (Indonesia): Warga Britain yang dipenjara setelah memukul seorang polis Indonesia hingga mati di Bali bersama kekasihnya dari Australia dijangka dibebaskan semalam setelah lebih empat tahun di penjara, kata pihak berkuasa.



David Taylor dijangka akan dihantar balik ke Britain setelah meninggalkan penjara Kerobokan di pulau percutian Indonesia itu, kata pegawai kepada AFP kelmarin.



"Dia akan dibebaskan besok," kata jurucakap jabatan kehakiman Bali, I Putu Surya Dharma.



Taylor dan bekas kekasihnya, Sara Connor, yang dibebaskan dari penjara tahun lalu, telah disabitkan pada tahun 2017 kerana menyerang pegawai Wayan Sudarsa, yang mayatnya ditemui di kawasan pelancongan popular di Kuta pada tahun sebelumnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >